Senin, 21 Februari 2011

Keutamaan Keluarga Rasulullah Saw. (8)

BAB IV
FADHA'IL (KEUTAMAAN) AHLULBAIT

Syeikhul Islam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah dalam bukunya yang berjudul 'Jala'ul-Afham', mulai halaman 210, membicarakan keutamaan-keutamaan (fadha'il) ahlulbait Rasulullah s.a.w. sekaitan dengan kemuliaan ahlulbaitun-nubuwwah secara menyeluruh. Yang dimaksud dengan 'ahlubaitun-nubuwwah' dalam hal itu ialah mulai dari ahlubait Nabi Ibrahim a.s hingga ahlubait Muhammad Rasulullah s.a.w. Kami rasa hal itu sangat baik dan perlu diketahui, kerana dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang betapa mulianya ahlulbait Rasulullah s.a.w. dan keturunannya.

Ibnul Qayyim mengatakan, bahawa keluarga silsilah keturunan Nabi Ibrahim a.s adalah keluarga-keluarga yang diberkati dan disucikan Allah s.w.t., kerana itu mereka adalah silsilah keluarga yang paling mulia di antara semua ummat manusia. Allah s.w.t. berkenan menganugerahkan berbagai keistimewaan dan keutamaan kepada mereka. Di antara keutamaan yang banyak itu ialah:
Banyak Nabi dan Rasul – dengan syari'at dan Kitab Sucinya masing-masing – lahir dari kalangan mereka, dan dari kalangan mereka pula lahir para Imam yang memberikan penerangan serta petunjuk kepada ummat manusia hingga saat tibanya hari kiamat kelak. Semua hali takwa dan para waliyyullah yang dijanjikan akan masuk syurga adalah kerana mereka itu menempuh jalan hidup yang diserukan dan dianjurkan oleh keluarga nubuwwah.
Allah s.w.t. mengangkat martabat Nabi Ibrahim a.s sedemikian tinggi dengan memberi gelar kepada beliau sebagai 'Khalil' (sahabat dekat), sebagaimana ditegaskan Allah s.w.t. di dalam firman-Nya (surah An-Nisa: 125). Rasulullah s.a.w. sendiri dalam sebuah hadits menegaskan: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat diriku sebagai 'Khalil', sama dengan Ibrahim yang telah diangkat pula sebagai 'Khalil'."
Allah s.w.t. telah menjadikan Nabi Ibrahim a.s dan keturunannya sebagai Imam (pemimpin) bagi seluruh ummat manusia. Hal ini difirmankan Allah s.w.t. di dalam Al-Qur'anul-Karim surah Al-Baqarah ayat 124.
Nabi Ibrahim bersama puteranya Nabi Ismail – alaihissalam – membangun baitullah (rumah Allah) – Al-Ka'batul-Mukarramah – yang kemudian oleh Allah s.w.t. ditetapkan sebagai kiblat, dan ke sana pula semua kaum Muslimin menunaikan ibadah haji. Rumah suci tersebut adalah buah karya baitun-nubuwwah yang mulia.
Allah s.w.t. telah memerintahkan semua orang yang beriman supaya senantiasa mengucapkan shalawat bagi Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga (aal) beliau seperti shalawat yang diucapkan bagi Nabi Ibrahim dan keluarga (aal) beliau.
Allah s.w.t. telah menciptakan dua ummat manusia terbesar di dunia, iaitu ummat Nabi Musa a.s dan ummat Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ummat-ummat terbaik dalam pandangan Allah, guna melengkapi jumlah 70 ummat yang diciptakan-Nya.
Allah s.w.t. melestarikan kemuliaan baitun-nubuwwah sepanjang zaman dengan selalu disebut-sebutnya keagungan mereka dan keluarga serta keturunan mereka; sebagaimana firman Allah dalam Al-Qur'anul-Karim (surah Ash-Shaffat: 108-110)
Allah s.w.t. telah menjadikan baitun-nubuwwah (keluarga Nabi Ibrahim a.s dan keturunannya hingga Nabi Muhammad s.a.w. dan keturunannya) sebagai 'furqan' (batas pemisah kebenaran dan kebatilan). Bahagilah manusia yang mengikuti seruan dan jejak mereka, dan celakalah mereka yang memusuhi dan menentangnya.
Allah s.w.t. berkenan menyebut nama-nama mereka disamping nama-Nya sendiri dengan menyebut Nabi Ibrahim: "Ibrahim Khalilullah", "Musa Kalimullah" (manusia yang langsung menerima firman Allah), dan "Muhammad Habibullah" (kesayangan Allah). Kecuali itu Allah s.w.t. telah menegaskan juga kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang nikmat besar yang telah dilimpahkan-Nya kepada beliau s.a.w., sebagaimana termaktub dalam surah Al-Insyirah: 4. Sehubungan dengan itu Ibnu 'Abbas meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Apabila engkau menyebut Allah, sebutlah pula namaku". Yakni: Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah. Sebutlah kalimat itu, baik pada saat orang mulai memeluk Islam, di dalam azan, dalam khutbah, dalam tasyahud dan lain sebagainya. Demikian kata Ibnu 'Abbas r.a.
Allah s.w.t. menghindarkan ummat manusia dari kesengsaraan dunia dan akhirat melalui tuntutan dan bimbingan baitun-nubuwwah itu. Betapa besar kebajikan yang telah dicurahkan oleh baitun-nubuwwah demi keselamatan ummat manusia. Mereka telah banyak berbuat kebajikan dan ihsan bagi manusia masa silam, masa kini dan masa mendatang. Setiap amal kebajikan yang dilakukan oleh manusia di muka bumi, di samping Allah memberikan pahala kepadanya, Allah juga berkenan memberikan pahala kepada baitun-nubuwwah atas jasa-jasa yang telah mereka berikan kepada seluruh ummat manusia. Maha Suci Allah Yang telah memberikan kemuliaan kepada siapa saja menurut kehendak-Nya.
Kepada baitun-nubuwwah itu Allah s.w.t. telah menganugerahkan keistimewaan khusus, iaitu menutup semua jalan dan pintu bagi manusia di dunia ini untuk mendekatkan diri kepada-Nya, selain jalan dan pintu yang telah dirintis dan dibukakan oleh baitun-nubuwwah. Dalam sebuah hadits Qudsiy Allah s.w.t. berfirman kepada Rasul-Nya, Muhammad s.a.w.: "Demi Kemuliaan-Ku dan Demi Keagungan-Ku, seandainya manusia hendak datang kepada-Ku melalui jalan dan pintu mana saja, tak akan Ku-bukakan sebelum mereka mengikuti jejakmu"
Allah s.w.t. telah menjadikan baitun-nubuwwah sebagai pemusatan ilmu pengetahuan tentang: Keagungan Asma Allah, sifat-sifat Allah, hukum-hukum Allah, af'al Allah (segala sesuatu yang dilakukan Allah), anugerah dan ganjaran Allah, hal-hal yang diridhai dan dimurkai Allah, para malaikat dan semua makhluk ciptaan Allah; lebih banyak daripada ilmu pengetahuan yang ada pada baitun-nubuwwah.
Allah s.w.t. menempatkan baitun-nubuwwah di muka bumi sebagai khalifah yang dipatuhi oleh ummat manusia. Kemuliaan seperti itu tidak diberikan Allah s.w.t. kepada keluarga lain, dan itu merupakan keistimewaan yang luar biasa besarnya.
Melalui baitun-nubuwwah itu Allah s.w.t. hendak menghapuskan kesesatan dan syirik dari muka bumi, iaitu suatu sikap mental dan kejiwaan yang paling dimurkai Allah. Untuk itu Allah s.w.t. menanamkan perasaan cinta kepada mereka di dalam hati ummat manusia. Tidak ada keluarga lain manapun juga yang pernah memperoleh kecintaan ummat manusia setinggi yang mereka peroleh.
Allah s.w.t. telah menjadikan peninggalan mereka (agama-agama yang mereka bawakan) di muka bumi ini sebagai jaminan keselamatan bagi alam semesta, yang akan senantiasa tetap lestari selama agama mereka tetap lestari. Manakala agama yang mereka ajarkan itu lenyap dari muka bumi, itu merupakan petanda mulai hancurnya alam semesta. Allah s.w.t. telah menjelaskan di dalam Al-Qur'anul-Karim, bahawa Allah tetap menjadikan Ka'bah sebagai tempat suci yang di dalamnya dilarang adanya perbuatan permusuhan dan lain sebagainya. Ibnu 'Abbas r.a pernah mengatakan andaikata tidak ada lagi manusia yang menunaikan ibadah haji, maka akan ambruklah langit ini. Kecuali itu, konon Rasulullah s.a.w. sendiri pernah memberitahu para sahabatnya, bahawa pada akhir zaman Allah akan mengangkat Ka'bah dari muka bumi dan meniadakan Kalam-Nya (firman-firman-Nya) dari kitab Suci dan dari dada setiap insane, sehingga di bumi ini tidak ada lagi Ka'bah tempat orang menunaikan ibadah haji, dan tidak ada lagi ayat-ayat suci dibaca orang. Saat itu menandakan hampir tibanya hari kiamat dan kehancuran alam semesta.

Demikian pula keadaan manusia dewasa ini, kesentosaan mereka tergantung pada kesentosaan agama dan syari'at yang ditinggalkan oleh seorang Nabi akhir zaman yang datang dari baitun-nubuwwah, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. keselamatan manusia dari cubaan dan malapetaka tergantung pada sikap manusia sendiri dalam melestarikan kesentosaan ajaran agama yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Malapetaka dan berbagai macam bencana pasti akan menimpa kehidupan ummat manusia manakala mereka menjauhi kebenaran dan keadilan yang diajarkan Muhammad Rasulullah s.a.w. dan bernaung kepada hal-hal selain Allah dan tuntutan agama-Nya. Barangsiapa yang merenungkan murka Allah yang ditimpakan kepada seorang manusia atau sebuah negeri yang memusuhi-Nya, ia dapat memahami bahawa turunnya azab itu akibat sikap manusia sendiri yang tidak menghiraukan agama Allah.

Kesemuanya itu merupakan berkah dan rahmat Allah s.w.t. yang telah dilimpahkan kepada baitun-nubuwwah. Di antara mereka itu ada yang memperoleh martabat tinggi dan keutamaan-keutamaan lain, seperti: Nabi Ibrahim diangkat sebagai 'Khalilullah', Nabi Ismail diberi gelaran sebagai 'Zabihullah', Nabi Musa didekatkan kepada-Nya dan dianugerahkan gelaran 'Kalimullah', Nabi Yusuf dianugerahi kehormatan dan paras indah yang luarbiasa, Nabi Sulaiman dianugerahi kerajaan dan kekuasaan yang tiada tolok bandingannya di kalangan ummat manusia dan jin, Nabi Isa diangkat kedudukannya ke martabat yang setinggi-tingginya, dan Nabi Muhammad diangkat sebagai penghulu semua Nabi dan Rasul serta sebagai Nabi terakhir pembawa agama Allah yang terakhir, Islam. Maha Benar Allah yang telah menyatakan bahawa mereka itu telah dianugerahi keutamaan mengungguli semua keutamaan yang ada di dunia dan di alam semesta.

Keistimewaan-keistimewaan khusus lainnya dilimpahkan Allah s.w.t. kepada mereka ialah, bahawa Allah meniadakan azab umum dari ummat manusia. Tidak seperti ummat-ummat sebelum mereka yang selalu dikenakan azab umum apabila sudah banyak orang yang mendustakan para Nabi dan Rasul yang diutus Allah kepada mereka; seperti azab umum yang ditimpakan Allah kepada ummat Nabi Nuh a.s, ummat Nabi Salleh a.s, ummat Nabi Luth a.s dan lain-lain. Akan tetapi setelah Allah s.w.t. menurunkan kitab-kitab suci Taurat, Injil dan Al-Qur'an, Allah berkenan meniadakan azab umum dari ummat manusia. Allah hanya memerintahkan dilakukannya perjuangan terhadap manusia-manusia yang mendustakan para Nabi dan Rasul.

Demikianlah, beberapa keutamaan baitun-nubuwwah yang diketengahkan oleh Syeikhul Islam Ibnul Qayyim dalam kitabnya, 'Jala'ul-Afham'.

Mengingat kemuliaan martabat baitun-nubuwwah yang dimulai sejak Nabi Ibrahim a.s secara turun-temurun hingga Nabi kita Muhammad s.a.w. tidaklah menghairankan jika beliau mewanti-wanti ummatnya supaya menghormati dan bersikap tepat terhadap ahlulbait dan keturunannya. Ini bukan semata-mata kerana keagungan martabat beliau sendiri sebagai Nabi dan Rasul, melainkan kerana kemuliaan baitun-nubuwwah yang telah ditetapkan Allah s.w.t. sejak Nabi Ibrahim a.s. Itulah rahsia besar yang terselip di dalam hadits Tsaqalain dan hadits-hadits lainnya yang berkaitan dengan kedudukan ahlulbait Rasulullah s.a.w.

Hadits-hadits Nabi s.a.w. yang mengenai fadha'il (keutamaan) ahlulbait Rasulullah s.a.w.

Mufti Makkah Syeikh Muhammad Sa'id bin Muhammad Babushail Al-Hadhramiy – rahimahullah – mengetengahkan nas-nas hadits Rasulullah s.a.w. mengenai fadha'il ahlulbait dan keturunan beliau s.a.w., di dalam sebuah risalah yang ditulisnya berjudul 'Ad-Durarun-Naqiyyah Fi Fadha'ili Dzurriyyati Kharil-Barriyyah', dicetak di kairo pada tahun 1969 M/1389 H.

Pada bahagian pertama risalah tersebut Syeikh Muhammad Sa'id menerangkan makna 'ahlulbait' berdasarkan hadits-hadits shahih. Dalam hal itu ia mengatakan sebagai berikut: "…ayat Al-Qur'an yang mengenai ahlulbait" (yakni ayat 33 surah Al-Ahzab) tidak menolak pengertian tentang masuknya para isteri Rasulullah s.a.w. dalam lingkungan ahlulbait Rasulullah s.a.w., kerana kata 'ahlul-bait' mencakup dua pengertian, iaitu: keluarga yang tinggal serumah (baitus-sukna) dan keluarga menurut silsilah (batin-nasab). Para isteri Rasulullah s.a.w. adalah keluarga yang tinggal serumah dengan beliau s.a.w., sedangkan kaum kerabat beliau (termasuk anak cucu keturunan beliau) adalah keluarga senasab. Ayat tersebut pada dasarnya turun berkenaan dengan hak dan kewajipan para isteri Nabi. Akan tetapi dengan adanya hadits-hadits yang menunjukkan, bahawa ayat tersebut mencakup ahlulbait sukna dan ahlulbait senasab, maka pengertian mencakup semua pihak…"

Mengenai fadha'il ahlulbait Rasulullah s.a.w. Syeikh Muhammad Sa'id mengetengahkan nas-nas Al-Qur'an dan hadits seperti di bawah ini:

"Katakanlah (hai Muhammad): 'Kepada kalian aku tidak minta upah apa pun juga atas seruanku kecuali kasih-sayang dalam kekeluargaan'. Barangsiapa berbuat kebajikan baginya Kami tambahkan kebaikan pada kebajikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Membalas syukur". [Asy-Syura: 23]

Imam Ahmad bin Hanbal, Thabraniy dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Ibnu 'Abbas r.a yang mengatakan, bahawa setelah turun ayat tersebut di atas, para sahabat bertanya:

"Ya Rasulullah, siapakah kerabat anda yang wajib kita berkasih sayang kepada mereka?" Rasulullah s.a.w. menjawap: "'Ali, Fatimah dab dua orang anak mereka berdua".

Abu Syeikh meriwayatkan sebuah hadits dari Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a yang mengatakan bahawa:

"Ayat Haa Miim turun berkenaan dengan diri kami".

Yang dimaksud dengan ayat 'Haa Miim' adalah ayat tersebut di atas. Selanjutnya Imam 'Ali r.a mengatakan:

"Tidak ada yang memelihara kasih sayang kepada kami selain orang yang beriman".

Ayat lainnya lagi yang menunjukkan fadha'il ahlulbait Rasulullah s.a.w. dan membenarkan hubungan nasab mereka dengan beliau s.a.w. ialah:

"Barangsiapa yang membantahmu tentang kisah Isa setelah datang ilmu kepadamu (yakni pemberitahuan yang meyakinkan dari Allah) maka katakanlah (kepada mereka): "Marilah kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kalian, diri kami dan diri kalian; kemudian marilah kita bermubahalah (berdoa kepada Allah supaya menjatuhkan laknat bagi orang-orang yang berdusta)".

Imam Ar-Raziy mengatakan: "Tidak ada dalil yang lebih kuat daripada ayat mubahalah tersebut, mengenai fadha'il ahlul-kisa, iaitu 'Ali, Fatimah, Al-Hasan, Al-Husein – radhiyallahu anhum. Ketika berangkat untuk bermubahalah (dengan kaum Nasrani Najran) Rasulullah s.a.w. menggendong Al-Husein r.a, menggandeng Al-Hasan r.a, sedang Fatimah r.a berjalan di belakang beliau, dan 'Ali r.a berjalan di belakang mereka. Dengan demikian maka dapat diketahui dengan jelas, bahawa mereka itulah yang dimaksud ayat tersebut. Dalam hal itu putera-putera Fatimah r.a dan keturunannya disebut "putera-putera Rasulullah s.a.w." dan dinyatakan benar-benar bernasab kepada beliau s.a.w.

Adapun hadits-hadits yang menerangkan fadha'il ahlulbait Rasulullah s.a.w. banyak sekali. Beberapa di antaranya adalah:

1. Hadits yang diriwayatkan oleh Thabraniy, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Allah menciptakan keturunan setiap Nabi dari tulang sulbinya sendiri, namun Allah menciptakan keturunanku dari tulang sulbi 'Ali bin Abi Thalib".

Abulkhair dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Al-'Abbas, paman Nabi, bahawa pada suatu hari 'Ali bin Abi Thalib r.a datang menghadap Rasulullah s.a.w., dan di tempat itu hadir Al-'Abbas. Setelah Rasulullah s.a.w. menjawap ucapan salam 'Ali bin Abi Thalib r.a beliau berdiri, kemudian merangkulnya dan mencium keningnya, lalu dipersilakan duduk di sebelah kanan beliau. Ketika itu Al-'Abbas bertanya: 'Ya Rasulullah, apakah anda mencintai dia'? Beliau menjawap:

"Paman, demi Allah, Allah lebih mencintai dia daripada aku. Allah Azza wa Jalla menjadikan keturunan setiap Nabi dari tulang sulbinya sendiri, namun Allah menjadikan keturunanku dari tulang sulbi orang ini".

Al-Bukhariy di dalam 'Shahih'nya meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Abu Bikrah Ats-Tsaqafiy r.a yang mengatakan sebagai berikut:

"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkata dari atas mimbar – al-Hasan di samping beliau, beliau sebentar melihat kepadanya dan sebentar melihat kepada hadirin – 'Puteraku ini adalah sayyid. Mudah-mudahan dengan dia Allah kelak akan mendamaikan dua golongan kaum Muslimin".

Tirmudziy mengetengahkan sebuah hadits berasal dari Usamah bin Zaid r.a yang mengatakan sebagai berikut:

"Saya melihat Rasulullah s.a.w. duduk memangku al-Hasan dan al-Husein, kemudian beliau berkata: Dua orang anak ini anak-anakku dan anak-anak Fatimah. Ya Allah, aku mencintai dua anak ini, maka cintailah mereka berdua dan cintailah pula orang yang mencintai kedua-duanya".

Dalam kitab 'Al-Hilyah' Abu Nu'aim meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a yang menceritakan kesaksiannya, bahawa pada suatu hari di saat Rasulullah s.a.w. sedang mengimami sholat jama'ah, tiba-tiba datanglah al-Hasan r.a. Di saat Rasulullah s.a.w. sedang sujud al-Hasan yang masih kecil itu naik ke atas punggung beliau, kemudian turun dan naik lagi ke atas tengkuk beliau. Rasulullah s.a.w. mengangkat anak itu perlahan-lahan. Selesai sholat para sahabat berkata: Ya Rasulullah, anda memperlakukan anak itu tidak seperti perlakuan yang anda berikan kepada siapa pun juga. Rasulullah s.a.w. menjawap:

"Anak ini raihanahku3. Anakku ini adalah sayyid, semoga dengan dia Allah akan mendamaikan dua golongan kaum Muslimin".

Al-Hafidz As-Salafiy meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Hurairah r.a yang mengatakan, bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bersama saya pergi ke tempat perniagaan Bani Qainuqa. Sekembalinya dari tempat itu beliau masuk ke masjid, kemudian menyuruh saya: "Panggilkan anakku…" Al-Hasan bin Ali segera datang lalu masuk ke dalam hijr beliau, Rasulullah s.a.w. kemudian membuka mulut al-Hasan dan berdoa di depan mulutnya:

"Ya Allah, aku mencintai dia maka cintailah dia dan cintailah orang yang mencintainya – beliau mengucapkannya tiga kali".

Ahmad dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Musawwar bin Makhramah radhiyallahu 'anhuma; bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:

"Fatimah adalah sebahagian dari diriku, apa yang membuatnya marah membuatku marah dan apa yang melegakannya melegakan aku. Sesungguhnya bahawa semua nasab akan terputus pada hari kiamat, selain nasabku, sebabku dan menantuku".

Thabraniy meriwayatkan sebuah hadits dari Siti Fatimah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan:

"Semua anak yang dilahirkan oleh ibunya bernasab kepada ayah mereka kecuali anak Fatimah; akulah wali mereka, akulah nasab mereka dan akulah ayah mereka".

Al-Baihaqiy, Thabraniy dan lain-lainnya meriwayatkan, bahawa ketika Umar Ibnul-Khatthab r.a meminang puteri Imam 'Ali r.a yang bernama Ummu Kaltsum (puteri Siti Fatimah Az-Zahra r.a), ia berkata:

Lebih lanjut Umar r.a berkata. "Aku tidak menginginkan kedudukan, tetapi saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. berkata: 'Semua sebab dan nasab akan terputus pada hari kiamat kecuali sebabku dan nasabku. Semua anak yang dilahirkan ibunya bernasab kepada ayah mereka kecuali anak Fatimah, akulah ayah mereka dan kepadaku mereka bernasab'. Umar r.a berkata lebih lanjut: 'Aku adalah sahabat beliau, dan dengan hidup bersama Ummu Kaltsum aku ingin memperoleh hubungan sebab dan nasab (dengan Rasulullah s.a.w.)'.

Abulkhair Al-Qazwainiy meriwayatkan sebuah hadits dari Anas bin Malik r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. ketika menikahkan 'Ali bin Abi Thalib r.a dengan Siti Fatimah r.a berkata sebagai berikut:

"Allah mempererat kerukunan kalian berdua, memenangkan pengikut kalian, memberkahi kalian dan semoga mengeluarkan keturunan yang banyak dan baik dari kalian".

Anas mengatakan: Demi Allah, benarlah bahawa Allah mengeluarkan keturunan yang banyak dan baik dari dua orang (suami-isteri) itu.

Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Abi Hatim meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Ummu Aiman r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pada malam pertama pernikahan 'Ali dengan Fatimah radhiyallahu 'anhuma berdoa bagi keselamatan kedua-duanya. Untuk Fatimah r.a beliau berdoa:

"Ya Allah, ia (Fatimah r.a) dan keturunannya kuperlindungkan kepadaMu dari syaitan terkutuk".

Untuk 'Ali r.a beliau berdoa:

"Ya Allah, ia ('Ali r.a) dan keturunannya keperlindungkan kepadamu dari syaitan terkutuk".

Kemudian kepada 'Ali r.a beliau berkata:

"Gaulilah keluargamu bismillah wal barakah".

Al-Bazar, Abu Ya'la, Thabraniy dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits dari Ibnu Mas'ud r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:

"Fatimah telah menjaga kehormatannya, kerana itu Allah mengharamkan dia dan keturunannya dari neraka".

Al-Bukhariy dan Muslim dalam 'Shahih'nya masing-masing meriwayatkan sebuah hadits dari Siti Fatimah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepadanya:

"Apakah engkau tidak puas menjadi sayyidatu nisa'ul Mu'minin (wanita kaum Muslimin yang terkemuka)"?

Tirmudziy dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits dari Usaman bin Zaid r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:

"Keluargaku yang paling kucintai ialah Fatimah".

Imam Ahmad bin Hanbal dan Tirmudziy meriwayatkan sebuah hadits dari Ibnuz-Zubair r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:

"Fatimah adalah bahagian dari diriku, apa yang mengganggunya mengganggu diriku dan apa yang menyakitinya menyakiti diriku".

Dalam kitab 'Al-Ghilaniyyat' Abubakar meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Ayuub Al-Anshariy, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata:

"Pada hari kiamat akan terdengar suara berseru dari tengah Arsy: 'Hai semua manusia, tundukkanlah kepala dan pejamkan mata kalian hingga Fatimah binti Muhammad lewat di atas shirath! Fatimah kemudian berjalan bersama tujuhpuluh ribu bidadari secepat kilat hingga sampai ke syurga".

Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada 'Ali bin Abi Thalib r.a:

"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, dan bagiku engkau lebih mulia daripada Fatimah".

Abu Dawud meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:

"Barangsiapa mencintaiku dan mencintai kedua anak itu – yakni al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu 'anhum – serta mencintai ayah bonda mereka (yakni Imam 'Ali dan Siti Fatimah radhiyallahu 'anhuma) kemudian ia mati dalam keadaan mengikuti sunnahku ia akan masuk syurga yang sederajat dengan syurgaku".

Imam Ahmad bin Hanbal dan Tirmudziy mengetengahkan sebuah hadits dari Abu Sa'id Al-Khudhariy r.a, yang diriwayatkan juga oleh Thabraniy dari hadits Umar, Jabir, Abu Hurairah, Amamah bin Zaid, Al-Barra bin Azib dan Ibn Adiy, berasal dari Abdullah bin Mas'ud r.a; bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

"Al-Hasan dan Al-Husein adalah dua orang pemuda terkemuka penghuni Syurga. – Dalam hadits Ibnu Mas'ud: Dua orang puteraku ini, Al-Hasan dan Al-Husein, adalah dua orang pemuda terkemuka penghuni Syurga, namun ayah kedua anak itu lebih mulia".

Di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Tirmudziy, An-Nasa'iy dan Ibnu Hiban, yang berasal dari Hudzaifah bin Al-Yaman r.a; bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

"Yang diperlihatkan kepada sebelum itu ialah seorang malaikat yang sebelum malam ini tidak pernah turun ke bumi. Ia mohon izin kepada Allah Azza wa Jalla untuk menyampaikan salam kepadaku dan memberi kabar gembira kepadaku, bahawa Al-Hasan dan Al-Husein adalah dua orang pemuda terkemuka penghuni syurga, dan bahawa Fatimah adalah wanita terkemuka penghuni syurga".

Tirmudziy meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Abdullah bin Umar r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

"Al-Hasan dan Al-Husein adalah dua raihanahku di dunia".

Abu Ya'la meriwayatkan sebuah hadits dari Salmah bin Al-Akwa r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata:

"Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit sedangkan ahlulbaitku adalah keselamatan bagi ummatku dari perselisihan".

Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Rasulullah berkata:

"Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah langit; dan apabila ahlulbait lenyap, lenyaplah penghuni bumi".

Dalam hadits lain Rasulullah berkata:

"Apabila ahlulbaitku punah, maka tibalah apa yang dijanjikan dalam ayat-ayat Al-Qur'an kepada penghuni bumi (yakni kepunahan)".

Ibnu Adiy dan Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits berasal dari 'Ali bin Abi Thalib r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

"Di antara kalian yang paling mantap (tidak goyah) di atas shirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlulbaitku".

Tirmudziy, Ibnu Majah dan Al-Hakim meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata:

"Aku memerangi orang yang memerangi mereka (ahlulbaitku) dan berdamai dengan orang yang berdamai dengan mereka".

Ibnu Ma'jah meriwayatkan sebuah hadits yang berasal dari Al-'Abbas bin Abdul Mutthalib, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

"Kepada ada orang-orang yang sedang bercakap-cakap kemudian jika didatangi seorang dari ahlulbait lalu memutuskan pembicaraan? Demi Allah yang nyawaku berada di tangan-Nya, iman tidak akan masuk ke dalam hati seorang sebelum ia mencintai mereka (ahlulbaitku) demi kerana Allah dan kerana kerabatku".

Menurut riwayat lain beliau berkata:

"Seseorang (hamba Allah) tidak beriman kepadaku sebelum ia mencintaiku, dan ia tidak mencintaiku sebelum mencintai ahlulbaitku".

Dalam riwayat hadits yang lain lagi beliau berkata:

"Mereka tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan mereka tidak beriman sebelum mencintai kalian (ahlulbait Rasulullah s.a.w.) demi kerana Allah dan Rasul-Nya".

Thabraniy dan Al-Baihaqiy meriwayatkan sebuah hadits, bahawa dalam salah satu khutbah di atas mimbar Rasulullah s.a.w. berkata:

"Kepana ada orang-orang yang menggangguku mengenai nasab dan kaum kerabatku? Bukankah orang yang mengganggu nasabku dan kaum kerabatku bererti ia telah menggangguku dan siapa yang menggangguku bererti ia mengganggu Allah s.w.t.?"

Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

"Barangsiapa mencintai Allah ia mencintai Al-Qur'an. Barangsiapa yang mencintai Al-Qur'an ia mencintai aku dan barangsiapa yang mencintai aku ia tentu mencintai para sahabatku dan kaum kerabatku".

Al-Mala dalam kitab 'Sirah'nya mengetengahkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

"Tidak ada yang mencintai kami ahlulbait kecuali orang yang beriman dan bertakwa, dan tidak ada yang membenci kami kecuali orang munafik dan derhaka".

Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits dari Ibnu Sa'id Al-Khudhariy bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

"Allah sangat murka terhadap orang yang menggangguku melalui ahlulbaitku (itrahku)".

Ad-Dailamiy mengatakan, benarlah bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkata:

"Barangsiapa yang ditangguhkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) dan ingin mendapat kebahagiaan dengan kebajikan yang dikurniakan Allah kepadanya, hendaklah berlaku baik terhadap keluargaku sepeninggalanku. Barangsiapa tidak berlaku baik terhadap keluargaku sepeninggalku, ia akan dipendekkan umurnya, dan pada hari kiamat ia akan dihadapkan kepadaku dalam keadaan mukanya berwarna hitam".

Ibnu Sa'ad mengetengahkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan:

"Hendaklah kalian berwasiat yang baik mengenai ahlulbaitku. Kelak aku akan menggugat kalian. Barangsiapa yang kugugat bererti aku menjadi lawannya, dan orang yang menjadi lawanku ia masuk neraka. Barangsiapa yang menjaga baik-baik wasiatku mengenai ahlulbaitku, bererti ia telah membuat perjanjian dengan Allah".

Ibnu Sa'ad juga mengetengahkan hadits lain, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

"Aku dan ahlulbaitku ibarat sebuah pohon di syurga yang cabang dahannya berada di dunia. Barangsiapa menghendaki dapat menjadikannya sebagai jalan kepada Tuhannya".

Ad-Dailamiy mengetengahkan sebuah riwayat hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

"Doa seseorang masih tertutup hijab sebelum ia mengucapkan shalawat bagi Muhammad dan ahlulbaitnya: Ya Allah limpahkanlah shalawat kepada Muhammad, aal Muhammad dan para sahabatnya dan limpahkanlah salam sejahtera kepada mereka".

Tirmudziy dan Al-Hakim meriwayatkan hadits dari Ibnu 'Abbas r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

"Cintailah Allah yang dengan nikmat kurnia-Nya memberi makan kepada kalian, dan cintailah aku demi kerana Allah s.w.t. serta cintailah ahlulbaitku demi kecintaan kalian kepadaku".

Al-Baihaqiy dan Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. menegaskan:

"Seorang hamba Allah tidak beriman sebelum ia mencintai diriku lebih daripada dirinya sendiri, lebih mencintai keturunanku daripada keturunannya, lebih mencintai keluargaku daripada keluarganya dan lebih mencintai dzatku daripada dzatnya sendiri".

Ad-Dailamiy mengetengahkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kaum Muslimin:

"Didiklah anak-anak kalian supaya mempunyai tiga macam sifat: Mencintai Nabi kalian, mencintai ahlulbaitnya dan gemar membaca Al-Qur'an".

Al-Hafidz As-Salafiy meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Muhammad bin Al-Hanafiyyah, bahawa ia (Muhammad bin Al-Hanafiyyah) dalam tafsirnya mengenai firman Allah dalam surah Maryam: 96, iaitu:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan, Allah Yang Maha Pengasih akan – menanamkan dalam hati mereka – rasa kasih sayang".

Mengatakan:

"Seorang mu'min tidak akan mantap imannya sebelum di dalam hatinya terdapat rasa kasih-sayang kepada 'Ali r.a dan ahlulbaitnya".

Abu Sa'id di dalam kitab 'Syarafun-Nubuwwah' mengetengahkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata kepada Fatimah r.a:

"Hai Fatimah, engkau marah Allah marah, dan engkau ridho (puas) Allah ridho".

Al-allamah Ibnu Hajar dalam kitabnya, 'Ash-Shawaiqul-Muriqah', menerangkan sebagai berikut: Barangsiapa mengganggu salah seorang putera Fatimah, ia akan menghadapi bahaya kerana perbuatannya itu membuat marah Siti Fatimah r.a. Sebaliknya, barangsiapa mencintai putera-putera Fatimah r.a ia akan memperoleh keridhaannya. Para ulama khawash (yakni para ulama yang mempunyai keistimewaan khusus) merasa di dalam hatinya terdapat keistimewaan yang sempurna kerana kecintaan mereka kepada Rasulullah s.a.w. dan ahlulbait serta keturunannya atas dasar pengertian, bahawa ahlulbait dan keturunan beliau s.a.w. adalah orang-orang suci. Selain itu mereka (para ulama khawash itu) juga mencintai anak-anak 10 orang yang telah dijanjikan masuk syurga, di samping itu mereka juga mencintai anak-anak para sahabat Nabi yang lain. Mereka memandang anak-anak semua sahabat Nabi sebagaimana mereka memandang para orang tua mereka.

Ibnu Hajar lebih jauh mengatakan: Orang harus menahan diri sampai mengecam mereka (ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w.). Jika ada seorang di antara mereka yang berbuat fasik berupa bid'ah atau lainnya, yang harus dikecam hanyalah perbuatannya, bukan dzatnya, kerana dzatnya itu merupakan bahagian dari Rasulullah s.a.w., sekalipun antara dzat beliau dan dzat orang itu terdapat perantara (wasa'ith).

Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

"Barangsiapa ingin bertawassul (berwasilah) padaku dan ingin memperoleh syafaatku pada hari kiamat, hendaklah ia menyambung hubungan (yakni memelihara kasih-sayang) dengan ahlulbaitku dan berbuat yang menyenangkan mereka".

Ibnu Asakir meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Imam 'Ali r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

"Barangsiapa yang menanam budi baik bagi ahlulbaitku, pada hari kiamat kelak ia akan kubalas".

Dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. berkata:

"Pada hari kiamat aku akan menjadi penolong (syafi') bagi empat golongan orang, iaitu: Orang yang menghormati keturunanku, orang yang memenuhi kebutuhan mereka, orang yang berusaha membantu urusan mereka pada saat mereka membutuhkan bantuannya, dan orang yang mencintai mereka dengan hatinya".

Al-Bazar dan Thabraniy meriwayatkan sebuah hadits panjang dari Al-Hasan bin 'Ali radhiyallahu 'anhuma, yang antara lain mengatakan:

"Aku termasuk ahlul-bait yang Allah mewajibkan setiap Muslim supaya berkasih-sayang dengan mereka. Mengenai merekalah Allah telah menurunkan ayat Al-Qur'an: "Katakanlah (hai Muhammad): 'Aku tidak minta upah apa pun atas seruanku kecuali kasih-sayang kepada keluargaku'. Dan siapa yang berbuat kebaikan akan Kami tambahkan kebaikan baginya". [Asy-Syura: 51]

Berbuat kebaikan dalam ayat tersebut bermakna kasih-sayang kepada ahlul-bait.

Hadits lainnya yang semakna dan diketengahkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dari Ibnu 'Abbas r.a yang menafsirkan kata 'kebaikan' dalam ayat tersebut di atas dengan 'kasihsayang kepada aal Muhammad s.a.w."

Demikian sejumlah hadits tentang fadha'il ahlulbait Rasulullah s.a.w., yang diketengahkan oleh Mufti Makkah, Syeikh Muhammad Sa'id bin Muhammad Babushail Al-Hadhramiy, dalam risalahnya yang berjudul 'Ad-Durarun-Naqiyyah Fi Fadha'ili Dzurriyyati Khairil-Barriyyah'.

Kiranya akan lebih lengkaplah jika kami tambahkan beberapa riwayat mengenai sikap hormat para sahabat Nabi kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w. sebagai pencerminan nyata tentang betapa kesetiaan mereka dalam menjaga dan melaksanakan wasiat Rasulullah s.a.w. mengenai ahlulbaitnya.

Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a pernah berkata kepada Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a sebagai berikut: "Demi Allah yang nyawaku berada di tangan-Nya, sungguhlah bahawa kerabat Rasulullah s.a.w. lebih kucintai daripada kerabatku sendiri".

Umar Ibnul-Khatthab r.a pernah berkata kepada 'Abbas bin Abdul Mutthalib, paman Nabi s.a.w., dengan bersumpah, bahawa andaikata ayah Umar sendiri memeluk Islam maka bagi Umar Islamnya 'Abbas r.a lebih disukai olehnya, kerana Rasulullah s.a.w., lebih menyukai Islamnya 'Abbas r.a.

Pada suatu hari Zainul Abidin bin Al-Husein bin 'Ali bin Thalib radhiyallahu anhum datang ke rumah Ibnu 'Abbas r.a, ia disambut dengan ucapan: 'Marhaban bil-habib ibnil-habib' ('Selamat datang saudara tercinta putera saudara tercinta').

Pada suatu hari Zaid bin Tsabit r.a melawat seorang sahabat yang wafat. Sesuai menunaikan sholat jenazah datang seorang membawa seekor keldai untuk ditungganginya. Oleh Zaid r.a keldai itu diserahkan kepada Ibnu 'Abbas r.a yang berada di dekatnya seraya berkata: "Hai putera paman Rasulullah, biarlah anda saja yang mengendarai keldai ini!" Ibnu 'Abbas r.a menyahut: 'Memang demikianlah Rasulullah s.a.w. memerintahkan kita supaya menghormati para ulama". Sambil mencium tangan Ibnu 'Abbas r.a, Zaid bin Tsabit r.a berkata: "Memang demikianlah Rasulullah s.a.w. memerintahkan kita supaya menghormati ahlulbait beliau s.a.w."

Umar bin Abdul Aziz r.a (Khalifah Bani Umayyah satu-satunya yang terkenal saleh dan zuhud) berkata kepada buyut Rasulullah s.a.w. yang bernama Abdullah bin Al-Hasan Al-Mutsanna bin Al-Hasan bin 'Ali radhiyallahu anhum: "Bila anda membutuhkan sesuatu tulis sajalah surat kepadaku, kerana aku malu kepada Allah yang melihat anda berdiri di depan pintu kediamanku".

Ketika Umar bin Abdul Aziz masih menjabat sebagai penguasa kota Madinah, buyut perempuan Rasulullah s.a.w. yang bernama Fatimah binti 'Ali Zainul Abidin bin Al-Husein bin 'Ali bin Abi Thalib radhiyallahu anhum datang kepadanya. Semua orang yang berada di dalam rumah disuruh keluar oleh Umar bin Abdul Aziz, kemudian ia berkata kepada Fatimah r.a: "Di muka bumi ini tidak ada keluarga yang lebih kucintai daripada kalian, dan kalian lebih kucintai daripada keluargaku sendiri".

Abu Bakar bin Ayyasy berkata: "Seumpama Abu Bakar, Umar dan 'Ali radhiyallahu anhum; tiga-tiganya itu datang bersama kepadaku untuk suatu kebutuhan, tentu aku mendahulukan 'Ali daripada dua orang sahabatnya itu, kerana hubungan kekerabatan 'Ali dengan Rasulullah s.a.w. Daripada aku mendahulukan Abu Bakar dan Umar, rasanya aku lebih baik dijatuhkan dari langit ke bumi!"

Apabila Ibnu 'Abbas r.a menanyakan suatu hadits kepada seorang sahabat Nabi, ia selalu datang ke rumahnya. Pada suatu hari seorang sahabat Nabi yang didatanginya berkata: "Semestinya anda menyuruh orang saja memanggil saya, dan saya pasti datang kepada anda"! Ibnu 'Abbas menjawap: "Akulah yang harus datang kepada anda"!

Imam Ahmad bin Hanbal pernah disesali beberapa orang kerana mengadakan hubungan dekat dengan seorang penganut mazhab Syi'ah. Terhadap reaksi mereka itu ia berkata: "Subhanallah, ia seorang yang sangat mencintai ahlulbait Rasulullah s.a.w., dan ia seorang perawi yang dapat dipercayai"! Apabila Imam Ahmad melihat ada seorang terkemuka datang ke rumahnya, lebih-lebih jika yang datang itu orang Quraisy, ia segera keluar menjemputnya, mempersilakan masuk, dan ia sendiri berjalan di belakangnya.

Imam Abu Hanifah sangat besar kecintaannya kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w., menghormati mereka dan sering membantu kesukaran mereka, baik yang sedang dikejar-kejar oleh kekuasaan Bani Umayyah mahupun yang tidak. Pada suatu saat ia memberi bantuan kewangan kepada keluarga ahlulbait yang sedang dikejar-kejar dengan wang sebesar 12 000 dirham. Bahkan ia mendorong sahabat-sahabatnya supaya membantu kesulitan para anggota keluarga ahlulbait Rasulullah s.a.w.

Demikian juga Imam Malik r.a, ia seorang yang sangat mencintai dan menghormati keluarga ahlulbait Rasulullah s.a.w. Ketika itu ia dipukuli hingga pengsan oleh penguasa Madinah yang bernama Ja'far bin Sulaiman Al-'Abbasiy (dari keluarga 'Abbas). Setelah sedarkan diri kembali ia berucap: "Saya bersaksi bahawa orang yang memukulku tidak salah"! Ketika ada orang bertanya apa sebabnya, Imam Malik menjawap: "Saya takut dan malu kalau saya mati dan bertemu dengan Rasulullah s.a.w. ada seorang dari kerabat beliau (Yakni Ja'far bin Sulaiman) masuk neraka kerana diriku"! Beberapa waktu kemudian ketika Khalifah Al-Manshur (dari dinasti Bani 'Abbas) datang ke Madinah dan berniat hendak mengambil tindakan terhadap Ja'far bin Sulaiman, ia menyerahkan sebuah cambuk kepada Imam Malik dan menyuruhnya supaya membalas perbuatan Ja'far. Saat itu Imam Malik menjawap: "Ma'adzallah, demi Allah, saya tidak akan memukulnya dengan cambuk ini, saya telah menyatakan dia tidak bersalah kerana ia kerabat Rasulullah s.a.w."!

Imam Syafi'iy r.a lebih besar lagi kecintaannya kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w. Ketika ia dituduh oleh kaum Khawarij sebagai pengikut kaum Rawafidh dan kaum Nawashib (kerana kecintaan dan penghormatannya kepada ahlulbait dan Abu Bakar Ash-Shiddiq dan Umar Ibnul-Khatthab radhiyallahu anhum); dalam beberapa bait sya'irnya ia menjawap tegas:

"Kalau aku dituduh oleh orang-orang bodoh sebagai penganut kaum rawafidh kerana aku memuliakan 'Ali r.a…kalau aku dituduh sebagai penganut kaum nawashib kerana aku memuliakan Abu Bakar r.a, biarlah aku selamanya menjadi orang rawafidh dan nawashib kedua-duanya, kerana aku memang memuliakan 'Ali dan Abu Bakar radhiyallahu 'anhuma, kendatipun aku akan dibenamkan dalam gundukan pasir"… "Kalau kerana mencintai aal Muhammad aku dituduh penganut kaum Rawafidh, biarlah Tsaqalain (Kitabullah dan ahlulbait Rasulullah s.a.w.) menjadi saksi bahawa aku ini seorang rawafidh"!

Demikianlah beberapa contoh mengenai kesetiaan para sahabat Nabi dan para Imam empat mazhab kepada wasiat Rasulullah s.a.w. yang mewanti-wanti ummatnya supaya menghormati dan memuliakan ahlulbait beliau s.a.w.

Dalil-dalil atau hujjah-hujjah, baik yang berupa Hadits-Hadits, ayat-ayat Al-Qur'an mahupun contoh-contoh yang telah diberikan oleh para sahabat Nabi dan para Imam – sebagaimana yang kami kemukakan terdahulu – kiranya cukup meyakinkan bagi setiap Muslim yang mendambakan keridhaan Allah dan Rasul-Nya. Setiap Mu'min, apa mazhab dan aliran yang dianutnya, tentu menyedari bahawa hakikat ajaran agama Islam ialah iman kepada Allah dan Rasul-Nya, taat kepada kedua-duanya dan patuh melaksanakan semua perintahnya.

Berbicara tentang 'keridhaan Allah dan Rasul-Nya', tidak bererti lain kecuali, bahawa keridhaan yang terpokok adalah keridhaan Allah, sedang keridhaan Rasulullah s.a.w. adalah kesinambungan dari keridhaan Allah s.w.t. Tiap perbuatan yang diridhai Allah pasti diridhai oleh Rasul-Nya, dan tiap perbuatan yang dimurkai Allah pasti dimurkai pula oleh Rasul-Nya. Demikian juga sebaliknya Allah s.w.t. ridha terhadap apa yang diridhai oleh Rasul-Nya, dan murka terhadap apa yang dimurkai oleh Rasul-Nya, dalam hal ridha dan murka, antara Allah dan Rasul-Nya tidak terdapat pemisahan. Tidak mungkin seorang beriman taat melaksanakan perintah Allah tanpa melaksanakan perintah Rasul-Nya, dan tidak pula mungkin pula orang taat melaksanakan perintah Rasulullah s.a.w. tanpa mentaati perintah Allah s.w.t. Hal itu banyak ditegaskan dalam Al-Qur'anul-Karim, antara lain firman Allah s.w.t.:

"Barangsiapa taat kepada Rasul bererti taat kepada Allah…" [An-Nisa: 80]

"…Dan Allah beserta Rasul-Nya itulah yang lebih berhak didambakan keridhaan-Nya…" [At-Taubah: 62]

"Hendaklah kalian beriman kepada Allah dan Rasul-Nya…" [An-Nisa: 136]

Masih banyak lagi ayat Al-Qur'an yang semakna dengan ayat-ayat tersebut di atas. Jadi, sekalipun yang terpokok adalah iman kepada Allah s.w.t., namun iman kepada Rasul-Nya sama sekali tidak terpisahkan dari iman kepada Allah. Atas dasar pengertian yang benar itu, maka soal menjaga kehormatan dan memelihara hak-hak ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. – sebagaimana yang beliau wasiatkan dalam hadits Tsaqalain dan lain-lainnya – merupakan kewajipan ummat Islam dalam rangka melaksanakan ketaatan kepada Rasulullah s.a.w.

Memandang ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. sebagai orang-orang mulia sama sekali tidak mengurangi makna firman Allah s.w.t. dalam Al-Qur'an:

"Kalian Kami jadikan berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kalian saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian ialah yang paling besar takwanya". [Al-Hujurat: 13]

dan tidak pula mengurangi makna sabda Rasulullah s.a.w. yang menegaskan:

"Tiada kelebihan bagi orang Arab atas orang bukan Arab ('Ajam) dan tiada kelebihan bagi orang bukan Arab atas orang Arab kecuali kerana takwa"

Ayat 13 surah Al-Hurujat dan hadits Nabi yang kami kemukakan di atas itu tidak bertentangan dengan ayat 33 surah Al-Ahzab yang menegaskan:

"Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan rijsa (kotoran) dari kalian, ahlulbait, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya".

Kemuliaan yang diperoleh seorang beriman dari kebesaran takwanya kepada Allah dan Rasul-Nya adalah kemuliaan yang bersifat umum, yakni dapat diperoleh setiap orang beriman dengan jalan takwa. Lain halnya dengan kemuliaan ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. Mereka memperoleh kemuliaan berdasarkan kesucian yang dilimpahkan Allah kepada mereka sebagai keluarga dan keturunan Rasulullah s.a.w. Jadi, kemuliaan yang ada pada mereka bersifat khusus, tidak mungkin dapat diperoleh orang lain yang bukan ahlulbait dan bukan keturunan Rasulullah s.a.w. Akan tetapi itu tidak bererti bahawa mereka tidak diharuskan bertakwa kepada Allah dan Rasul-Nya. Dengan memperbesarkan ketakwaan kepada Allah dan Rasul-Nya mereka memperoleh kemuliaan khusus dan kemuliaan umum, sedangkan orang-orang selain mereka dengan ketakwaan kepada Allah dan Rasul-Nya hanya memperoleh kemuliaan umum. Itulah yang membezakan martabat kemuliaan ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. dari martabat kemuliaan orang-orang selain mereka. Ketinggian martabat yang diberikan Allah kepada mereka merupakan penghargaan Allah s.w.t. kepada Rasul-Nya, junjungan kita Nabi Besar Muhammad s.a.w.

Mengenai kemuliaan para sahabat Nabi, Allah s.w.t. telah menyatakan pujian dan penghargaanNya atas kesetiaan dan ketaatan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya, dan atas keikhlasan mereka dalam perjuangan menegakkan kebenaran Allah di muka bumi. Dalam Al-Qur'anul-Karim Allah telah berfirman:

"Kalian adalah ummat terbaik yang dilahirkan bagi ummat manusia. Kalian menyuruh manusia berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran." [Aali Imran: 110]

"Dan demikian pula kalian telah Kami jadikan ummat yang adil – wasathan – agar kalian menjadi saksi atas perbuatan manusia". [Al-Baqarah: 143]

"…Pada hari Allah tidak merendahkan Nabi dan kaum mu'minin yang menyertainya, cahaya mereka memancar di hadapan dan sebelah kanan mereka…" [At-Tahrim: 8]

"Sesungguhnyalah, bahawa Allah telah ridha kepada orang-orang beriman ketika mereka menyatakan janji setia kepadamu di bawah sebatang pohon – Bai'atur-Ridhwan". [Al-Fath: 18]

"…Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama memeluk Islam di kalangan kaum Muhajirin dan Ansar serta semua orang yang mengikuti mereka dengan baik. Kepada mereka itu Allah telah ridha dan mereka pun ridha kepada Allah…" [At-Taubah: 100]

"Hai Nabi, cukuplah bagimu Allah dan orang-orang beriman yang mengikutimu – yang akan membelamu". [Al-Anfal: 64]

"…Juga bagi orang-orang fakir yang berhijrah, yang diusir dari kampung halaman dan dari harta bendanya – hanya kerana mereka itu – mencari kurnia dari Allah dan mendambakan keridhaan-Nya, dan (kerana) mereka itu membela Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang shadiq (benar-benar beriman). Dan orang-orang yang bertempat tinggal tetap (yakni penghuni kota Madinah) dan telah beriman sebelum (kedatangan) mereka (kaum Muhajirin), mereka itu mencintai orang-orang yang datang (dari Makkah) berhijrah kepada mereka. Dalam hati mereka tidak menginginkan apa pun juga dari mereka (yang datang berhijrah), dan mereka mengutamakan orang-orang yang berhijrah lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada di dalam kesusahan. Barangsiapa dirinya terpelihara dari kekikiran, maka orang-orang yang demikian itulah yang beruntung. Dan orang-orang yang datang sesudah mereka berdoa kepada Allah: "Ya Allah, Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu daripada kami. Janganlah Engkau biarkan ada kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang telah beriman. Ya Allah Tuhan kami, sungguhlah Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang". [Al-Hasyr: 8-10]

"Muhammad Rasulullah, dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap kaum kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Engkau saksikan mereka itu berruku' dan bersujud mencari kurnia Allah dan mendambakan keridhaan-Nya. Tanda bekas sujud tampak pada wajah mereka. Demikianlah sifat-sifat mereka – yang termaktub – di dalam Taurat, dan sifat-sifat mereka – yang termaktub – di dalam Injil. Ibarat tanaman bertunas yang membuat tanaman itu kuat, besar dan tegak lurus di atas pokoknya. Tanaman itu memuaskan hati orang-orang yang menanamnya, dan Allah hendak membuat hati orang-orang kafir merasa dengki. Allah menjanjikan kepada orang-orang di antara mereka yang beriman dan berbuat kebajikan dengan ampunan dan pahala yang amat besar". [Al-Fath: 29]

"…Maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya, iaitu mereka yang bersikap lemah-lembut terhadap sesama orang beriman dan bersikap keras terhadap kaum kafir, orang-orang yang berjuang di jalan Allah dan tidak takut disesali orang. Itulah kurnia Allah yang dilimpahkan kepada siapa saja menurut kehendak-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui". [Al-Maidah: 54]

Demikian itulah kemuliaan para sahabat Nabi, mereka memperoleh penilaian tinggi langsung dari Allah s.w.t. Tak ada alasan apa pun untuk meragukan kesetiaan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya. Ayat-ayat Al-Qur'anul-Karim yang kami kemukakan di atas menunjukkan betapa mulianya para sahabat Rasulullah s.a.w.

Sebagai sesama manusia, para ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. adalah sama dengan para sahabat Nabi dan keturunannya. Mereka bisa saja berbuat suatu kekeliruan atau terkena dosa, kerana bukan orang-orang ma'sum (terpelihara dari kemungkinan berbuat kekeliruan). Orang-orang yang ma'sum hanyalah para Nabi dan Rasul, sebagai pembawa syari'at Ilahi dan hukum-hukum-Nya untuk disampaikan kepada ummat manusia. Betapa pun tingginya martabat, keutamaan (fadha'il) dan ketakwaan mereka, sebagai manusia mereka tetap menghadapi kemungkinan berbuat kekeliruan. Namun secara khusus bagi ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w., atas berkah dan kepemurahan Allah s.w.t. mereka itu memperoleh ampunan atas segala kekeliruan dan kesalahan yang mungkin diperbuat, dan Allah memelihara mereka dari cacat cela yang dapat merendahkan kadudukan mereka.

Jelaslah, kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w. Allah berfirman: "Allah hendak menghapuskan kotoran (rijsa) dari kalian dan mensucikan kalian sesuci-sucinya"; sedangkan mengenai para sahabat Nabi, Allah berfirman: "…Allah telah ridha kepada orang-orang beriman ketika mereka menyatakan janji setia kepadamu di bawah sebatang pohon" (Bai'atur-Ridhwan).

Dilihat dari sudut akal, bisa saja terjadi suatu perbuatan tidak menyenangkan ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang dilakukan oleh seorang atau beberapa sahabat Nabi, dan sebaliknya. Hal itu bukan merupakan kejadian aneh, kerana setiap manusia dapat saja berbuat kekeliruan dan kesalahan, apalagi mereka itu bukan orang-orang ma'sum.

Kita, seluruh kaum Muslimin, wajib mencintai dua golongan tersebut agar kita – insya Allah – dapat memperoleh kebajikan di dunia dan akhirat. Kita wajib memandang mereka semua dengan sikap yang adil, mengingat jasa-jasa yang telah mereka berikan kepada agama Islam dan kepada ummat Islam. Pandangan kita terhadap mereka semua harus bertitik-tolak pada keinginan memperoleh keridhaan Allah dan Rasul-Nya. Kita harus menjauhkan dari hati dan fikiran kita kecenderungan nafsu berpihak kepada yang satu dan mengecam yang lain. Orang yang berfikir sihat tentu tidak akan membiarkan dirinya dicekam oleh fikiran dan perasaan yang tidak selaras dengan ajaran Al-Qur'an dan Sunnah.

Beberapa Hadits Nabi tentang keutamaan Imam 'Ali r.a.

Dalam kitab 'Dala 'ilush-Shidq', Jilid II halaman 320 terdapat sebuah hadits yang diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat Nabi, bahawasanya Rasulullah s.a.w. memberitahu mereka sebagai berikut:

"Kepada saudaraku, 'Ali, Allah telah melimpahkan fadhilah tak terhitung banyaknya. Barangsiapa yang mengakui dan membicarakan salah satu dari fadhilahnya, Allah mengampuni dosanya yang telah lalu dan yang akan datang; barangsiapa menulis tentang salah satu dari fadhilahnya, para malaikat akan selalu memohonkan ampunan baginya selama tulisan itu masih ada; barangsiapa mendengarkan salah satu fadhilahnya, Allah mengampuni dosa yang disebabkan oleh telinganya; dan barangsiapa melihat buku tentang fadhilahnya, Allah mengampuni dosa yang disebabkan oleh matanya".

Dalam kitab-kitab 'Tarikh Baghdad' Jilid IX halaman 397, 'Kanzul-Ummal' Jilid VI halaman 408, 'Ar-Riyadhun-Nadhrah' Jilid II halaman 210; dan 'Mustadrakus-Shahihain' Jilid III halaman 139 terdapat sebuah riwayat hadits yang berasal dari Imam 'Ali r.a, bahawa pada suatu hari Imam 'Ali r.a menyertai Rasulullah s.a.w. berjalan melewati sebuah kebun. Imam 'Ali berkata: "Ya Rasulullah, alangkah indahnya kebun itu"! Rasulullah s.a.w. menjawaB:

"Di syurga engkau akan mendapat kebun lebih baik dari itu"! Rasulullah bersama Imam 'Ali r.a berjalan terus melewati kebun demi kebun, dan tiap melewati sebuah kebun Imam 'Ali selalu mengulangi perkataannya, kemudian dijawap pula oleh Rasulullah s.a.w. dengan ucapan yang sama. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. menarik tangan Imam 'Ali r.a sambil menitiskan air mata. Imam 'Ali r.a bertanya: "Ya Rasulullah, apakah yang membuat anda menangis"? Rasulullah s.a.w. menjawap: "Ada sementara orang yang menyimpan dendam kesumat dalam dadanya, dan mereka tidak akan memperlihatkannya kepadamu sebelum aku wafat"! Imam 'Ali bertanya: "Apakah kerana aku menyelamatkan agamaku"? Beliau s.a.w. menjawap: "Ya, kerana engkau menyelamatkan agamamu"!

Dalam kitab 'Ar-Riyadhun-Nadhrah' At-Thabariy meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Abu Sa'id, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Imam 'Ali r.a sebagai berikut.

"Engkau telah memperoleh tiga perkara yang tidak diperoleh orang lain, termasuk aku sendiri. Engkau memperoleh seorang mertua lelaki seperti aku ini, sedangkan aku tidak memperoleh mertua lelaki seperti aku. Engkau memperoleh seorang isteri shiddiqah puteriku itu, sedangkan aku tidak memperoleh isteri seperti dia. Engkau memperoleh Al-Hasan dan Al-Husein dari tulang sulbimu sendiri, sedangkan dari tulang sulbiku aku tidak memperoleh putera-putera seperti mereka berdua. Akan tetapi kalian semua adalah dari aku dan aku adalah seperti kalian."

Hadits semakna dengan itu diriwayatkan oleh sumber lain dalam kitab "Manaqib Aal Thalib" dengan nas yang lebih lengkap, sebagai berikut:

"Hai 'Ali, engkau mempunyai beberapa perkara yang aku sendiri satu pun tidak mempunyainya: Engkau mempunyai isteri seperti Fatimah, sedangkan aku tidak mempunyai isteri seperti dia. Engkau mempunyai dua orang putera dari tulang sulbimu sendiri, sedangkan aku tidak mempunyai putera seperti mereka berdua dari tulang sulbiku. Engkau mempunyai mertua perempuan seperti Khadijah, sedangkan aku tidak mempunyai mertua perempuan seperti dia. Engkau mempunyai ayah mertua seperti aku ini, sedangkan aku tidak mempunyai ayah mertua seperti aku. Engkau mempunyai saudara seperti Ja'far, sedangkan aku tidak mempunyai saudara kandung seperti dia. Engkau mempunyai ibu seperti Fatimah binti Asad Al-Hasyimiyyah, seorang wanita yang turut hijrah, sedangkan aku tidak mempunyai ibu seperti dia".

Dalam kitab 'Ahlul-Bait' halaman 124, Ibnu 'Abbas r.a meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyatakan:

"Manusia diciptakan dari berbagai jenis pohon (yakni unsur), sedang aku dan 'Ali bin Abi Thalib diciptakan dari satu jenis pohon (unsur). Apakah yang hendak kalian katakan tentang sebatang pohon yang aku sendiri merupakan pangkalnya, Fatimah dahannya, 'Ali getahnya, al-Hasan dan al-Husein buahnya, dan para pencinta kami adalah dedaunnya! Barangsiapa yang bergelantung pada salah satu dahannya ia akan dihantar ke dalam syurga, dan barangsiapa yang meninggalkannya ia akan terjerumus ke dalam neraka".

Dalam kitab 'Al-Imamul-Muhajir' terdapat sebuah riwayat sebagai berikut:

Pada suatu hari datanglah seorang wanita menghadiahkan dua ekor panggang burung dan dua potong roti kepada Rasulullah s.a.w. Melihat hidangan selazat itu Rasulullah s.a.w. berdoa. "Ya Allah, datangkanlah kepadaku seorang yang kucintai dan yang paling mencintaiMu". Ternyata yang datang adalah 'Ali bin Abi Thalib r.a.

Ketika Rasulullah s.a.w. mempersaudarakan beberapa orang sahabat dengan beberapa orang sahabat lainnya, beliau s.a.w. tidak mempersaudarakan Imam 'Ali bin Abi Thalib dengan siapa pun juga. Dengan hati iba Imam 'Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah, anda telah mempersaudarakan sahabat yang satu dengan sahabat yang lain, tetapi anda tidak mempersaudarakan diriku dengan siapa pun juga"! Dengan ringkas dan tegas Rasulullah s.a.w. menjawap:

"Engkau saudaraku di dunia dan akhirat"!

Hadits tersebut diriwayatkan oleh para perawi yang jumlahnya lebih dari 200 orang. Banyak ahli hadits yang mengetengahkan, seperti: Tirmudziy, Ibnul Majah, Al-Hakim, At-Thabariy, An-Nasa'iy, Ahmad bin Hanbal, Ibnu Sa'ad, Ibnu Katsir dan lain-lain.

Sebuah hadits masyhur dan mutawatir diriwayatkan oleh banyak sahabat Nabi, diantara lain Umar Ibnul-Khatthab r.a, bahawa pada waktu menghadapi perang Tabuk Rasulullah s.a.w. berangkat untuk memimpin sendiri pasukan Muslimin menghadapi bala tentera Rumawi. Imam 'Ali r.a ditinggal di Madinah untuk mewakili beliau s.a.w. dalam mengurus kepentingan kaum Muslimin. Ketika Rasulullah s.a.w. siap hendak berangkat Imam 'Ali r.a. bertanya: "Ya Rasulullah, apakah aku tinggal bersama kaum wanita dan anak-anak?" Rasulullah s.a.w. menjawap: "Apakah engkau tidak puas mempunyai kedudukan di sisiku sama dengan kedudukan Harun di sisi Musa? Tetapi tidak ada Nabi lagi sesudahku".

At-Thabariy, Al-Baladzuriy, At-Tirmudziy, Al-Waqidiy dan para ulama Hadits lainnya banyak yang meriwayatkan Hadits sebagai berikut: Rasulullah s.a.w. mengutus Abu Bakar r.a. berangkat ke Makkah untuk memimpin jama'ah haji, disertai tugas menyampaikan sepersepuluh pertama dari Surah Al-Bara'ah (At-Taubah) yang berkaitan dengan perintah Allah tentang larangan bagi kaum musyrikin mendekati Al-Masjidul-Haram mulai tahun itu. Setelah Abu Bakar berangkat Rasulullah s.a.w. mengutus Imam 'Ali r.a. berangkat menyusul Abu Bakar r.a. untuk mengambilalih tugas menyampikan bagian pertama Surah Al-Bara'ah tersebut kepada kaum Muslimin. Sepulangnya dari Makkah Abu Bakar r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang apa sebabnya. Rasulullah s.a.w. menjawap: "Sesungguhnya tidak ada orang yang mustahaq menyampaikan perintah Allah s.w.t. selain aku, atau orang dari ahlulbaitku".

At-Thabariy dalam kitabnya yang berjudul 'Dzakha'irul-'Uqba' halaman 30 cetakan tahun 1356 H. mengetengahkan sebuah riwayat, bahawa Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. pernah meminang Sitti Fatimah Az-Zahra r.a. Oleh Rasulullah s.a.w. dijawap: "Allah belum menurunkan takdir-Nya". Demikian pula jawapan Rasulullah s.a.w. kepada Umar Ibnul-Khatthab r.a. ketika ia meminang Fatimah r.a. semata-mata kerana ingin mempunyai hubungan kekerabatan dengan Rasulullah s.a.w. Menurut Al-Waqidiy dalam kitabnya yang berjudul 'Thabaqat' Jilid II, ketika Imam 'Ali r.a. meminang puteri bungsu Rasulullah s.a.w. itu beliau menjawab:

"Ahlan wa sahlan, Jibril memberitahukan hal itu, bahawa Allah telah menikahkan engkau dengan Fatimah".

'Abdulbirr dalam kitabnya yang berjudul "Al-Isti'ab" mengetengahkan sebuah Hadits yang berasal dari Imam 'Ali r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada Siti Fatimah r.a.:

"Suamimu adalah orang yang terkemuka di dunia dan akhirat, ia sahabatku yang pertama memeluk Islam, yang paling banyak ilmunya dan paling besar kesabarannya".

Beliau s.a.w. juga pernah berkata:

"Banyak tokoh-tokoh Qureisy yang menyesali diriku mengenai soal Fatimah. Mereka mengatakan: Kami telah meminangnya kepada anda, tetapi anda tidak memperkenankan, akhirnya ia anda nikahkan dengan 'Ali! Aku menjawap: Bukannya aku tidak memperkenankan kalian dan menikahkannya dengan 'Ali, melainkan Allah-lah yang tidak memperkenankan dan menikahkannya dengan 'Ali".

Imam Ahmad bin Hanbal di dalam "Musnad"-nya mengetengahkan sebuah riwayat Hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Imam 'Ali r.a.:

"Engkau ya'sub (ratu lebah)-nya agama, sedangkan harta adalah ya'subnya orang-orang dzalim".

Yang dimaksud dengan "ya'sub" dalam hal itu ialah "pemuka" atau "pemimpin". Hadits yang semakna dengan itu diriwayatkan juga oleh Abu Nu'aim Al-Hafidz di dalam kitabnya, 'Hulyatul-Auliya': "Engkau ya'subnya kaum Mu'minin dan pemimpinnya orang-orang terkemuka".

Dalam kitab 'Al-Fadha'ilul-Khamsah' III halaman 16-17, dan dalam kitab 'Kanzul-'Ummal' VI halaman 393, terdapat sebuah riwayat Hadits berasal dari Ibnu 'Abbas r.a. yang mendengar sendiri Umar Ibnul-Khatthab r.a. pernah berkata kepada beberapa orang yang datang kepadanya: "Cukuplah sudah kalian menyebut-nyebut 'Ali bin Abi Thalib, sebab aku mendengar sendiri Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa 'Ali bin Abi Thalib mempunyai banyak sifat mulia. Seumpama ada satu saja dari sifat-sifat mulia itu yang dimiliki oleh keluarga Al-Khatthab, itu akan lebih kusukai daripada semua makhluk yang hidup di bawah sinar matahari. Aku, Abu Bakar, Abu 'Ubaidah dan beberapa orang sahabat Nabi lainnya pernah datang ke rumah Ummu Salamah. Setibanya di sana kulihat 'Ali sedang berdiri di depan pintu. Kukatakan kepadanya, bahwa kami ingin bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Ia menyahut: Sebentar lagi beliau akan keluar. Tak lama kemudian Rasulullah s.a.w. keluar, dan kami berdiri. Beliau kemudian bertopang pada 'Ali bin Abi Thalib, menepuk-nepuk bahunya seraya berkata:

"…Engkaulah orang pertama yang beriman, orang Mu'min yang paling banyak mengetahui hari-hari Allah – yakni hari-hari turunnya nikmat atau cubaan – paling setia menepati janji, paling adil dalam membahagikan barang jarahan, paling sayang kepada rakyat dan paling besar penderitaannya".

Masih banyak lagi Hadits-Hadits Rasulullah s.a.w. mengenai keutamaan (fadha'il) Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a., yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi dan diketengahkan oleh para ulama ahli Hadits.

Mungkin ada orang bertanya: Mengapa di antara empat orang Khalifah Rasyidun hanya 'Ali bin Abi Thalib r.a. saja yang bergelar "Imam".

Selama kurun waktu tertentu zaman kelahiran Islam dan pertumbuhannya memang ditandai oleh cirri khusus tertentu. Yaitu, sepeninggal Rasulullah s.a.w. ummat Islam dipimpin oleh empat orang Khalifah yang tersohor kelurusan, kebijaksanaan dan kesetiaan mereka kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Di antara empat orang Khalifah itu, terdapat seorang yang mempunyai kedudukan istimewa dalam sejarah Islam, ia adalah Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a.

Banyak hal yang memberikan keistimewaan kepadanya. Antara lain ialah bahawa sebahagian ummat Islam di dunia ini mengidentifikasikan diri sebagai pengikut Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a. Mereka itu dikenal dengan nama "Kaum Syi'ah". Kecuali itu, 'Ali bin Abi Thalib karamallahu wajhahu lebih masyur di sebut dengan gelaran "Imam" daripada disebut dengan gelaran "Khalifah", sejak zaman dahulu hingga zaman sekarang. Sedangkan tiga orang Khalifah Rasyidun yang lain, yaitu Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a., Umar Ibnul-Khatthab r.a. dan Utsman bin Affan r.a., tidak seorang pun dari mereka itu yang disebut orang sebagai Imam. Sudah pasti hal itu disebabkan oleh adanya berbagai keistimewaan yang melatarbelakangi kehidupan Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a., sehingga ia mempunyai identitas tersendiri dalam sejarah kehidupan ummat Islam.

Gelar "Imam" adalah khusus bagi Imam 'Ali r.a. di samping gelaran-gelaran lainnya, seperti "Khalifah" dan "Amirul-Mu'minin" yang lazim dipergunakan orang pada masa itu untuk menyebut seorang pemangku jabatan sebagai pemimpin tertinggi dan kepala Negara Islam.

Dalam kitab "Ahlul-Bait" pada halaman 205 hingga 207 dapat kita jumpai keterangan sebagai berikut:

"Para ahli ilmu kalam memberikan definasi (ta'rif) atau batasan makna tentang kata "imamah" (keimanan). "Imamah" adalah kepimpinan umum mengenai segala urusan keagamaan dan keduniaan yang berada di tangan seseorang. Berdasarkan definasi tersebut maka yang dimaksud "Imam" ialah seorang pemimpin umum atau seorang ketua yang ditaati dan memiliki kekuasaan menyeluruh atas semua kaum Muslimin mengenai segala urusan mereka, baik di bidang keagamaan mahupun di bidang keduniaan. Imamah merupakan keharusan bagi kaum Muslimin pada masa itu, dan dalam keadaan bagaimana pun juga tak dapat diabaikan. Dengan adanya imamah, semua yang tidak lurus dalam tata-kehidupan keagamaan mahupun keduniaan dapat diluruskan. Dengan Imamah pula keadilan yang dikehendaki Allah dalam kehidupan manusia dapat dilaksanakan.

Sebab pokok yang mendorong perlunya diadakan imamah ialah: Menjamin terlaksananya perintah dan larangan agama, menjaga keselamatan dan kemurnian agama dari anasir-anasir yang hendak mengurangi atau menambah-nambah ketentuan agama, memelihara nilai-nilai sosial dan moral dalam kehidupan masyarakat, melaksanakan ketentuan-ketentuan hukum agama, memberi pengayoman dan menjamin kesentosaan ummat dan Negara Islam, menjamin terlaksananya keadilan bagi semua orang berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w., memimpin ummat dalam perjuangan menegakkan kebenaran Allah dengan jalan meratakan penyebarluasan agama-Nya kepada seluruh ummat manusia di muka bumi, dan lain sebagainya.

Untuk dapat menjadi Imam orang harus memiliki syarat-syarat, antara lain: Ia harus mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, khususnya ilmu-ilmu keagamaan, mempunyai rasa keadilan yang tinggi, berani kerana benar, dan di atas segala-galanya ia harus mempunyai keperibadian yang kuat dan bersih. Dengan keperibadian yang demikian itu orang akan sanggup menjauhkan diri dari perbuatan dosa dan maksiat, baik yang mungkin dilakukan dengan sengaja atau tidak. Dengan keperibadian yang kuat orang akan dapat menjadi benteng dan pengawal agama Islam, dan tidak mudah digoyahkan oleh berbagai macam rongrongan keduniaan. Ringkasnya adalah, bahawa imamah harus berada di tangan orang yang hidup mendambakan keridhoan Allah semata-mata.

Sehubungan dengan persoalan itu Imam 'Ali r.a. sendiri menegaskan: "Barangsiapa ingin menjadi Imam yang bertugas memimpin masyarakat, ia harus mampu mengajar dirinya sendiri lebih dulu sebelum mengajar orang lain. Ia harus sanggup mendidik dirinya sendiri lebih berhak dihormati daripada orang yang hanya pandai mengajar dan mendidik orang lain".

Imam 'Ali r.a. berani berkata setegas itu di depan rakyatnya kerana ia tidak hanya dapat berbicara, tetapi dapat membuktikan semua ucapannya dalam perbuatan nyata.

Memang benar, bahawa di antara empat orang Khalifah Rasyidun hanya Khalifah 'Ali bin Abi Thalib r.a. sajalah yang menyandang gelar "Imam". Gelaran itu tidak diberikan oleh ummat Islam kepada Khalifah yang lain. Mengenai soal itu seorang penulis kenamaan berkebangsaan Mesir dan hidup dalam zaman moden, Mahmud 'Abbas Al-Aqqad mengatakan sebagai berikut:

"Tiga orang Khalifah Rasyidun selain Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a., tidak ada seorang pun dari mereka itu yang membawa bendera imamah menghadapi tentangan kekuasaan duniawi yang muncul di kalangan ummat Islam; tidak ada yang menghadapi adanya dua pasukan bersenjata yang saling berhadap-hadapan di dalan lingkungan ummat Islam sendiri; dan tidak ada yang menjadi lambang imamah menghadapi masalah-masalah rumit dan berbagai masalah yang menimbulkan syak dan keragu-raguan".

"Jadi, dalam keadaan tidak terdapat persoalan-persoalan seperti itu, tiga orang Khalifah sebelum Imam 'Ali r.a. dapat juga disebut "Imam", tetapi berbeza sekali dengan gelaran "Imam" yang ada pada Imam 'Ali r.a. Ia adalah seorang Imam yang menghadapi berbagai kejadian dan peristiwa yang banyak menimbulkan kebingungan dan keraguan fikiran di kalangan ummat Islam. Kerana itulah ummat Islam secara khusus memberikan gelaran "Imam" kepadanya. Demikian luasnya gelaran itu dikenal orang pada zamannya. Demikian popularnya gelaran "Imam" bagi Khalifah 'Ali bin Abi Thalib r.a. sehingga anak-anak pun mengenali Imam 'Ali r.a. melalui sanjungan-sanjungan yang dinyanyikan orang di jalan-jalan. Tanpa disebut nama "Ali bin Abi Thalib", kata "Imam" itu sendiri sudah bererti "Imam 'Ali bin Abi Thalib".

Al-Aqqad masih menambahkan: "Kekhususan imamah yang ada pada Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a. ialah, bahawa ia seorang Imam yang tidak sama dengan Imam-Imam lainnya. Sebab, Imam 'Ali r.a. mempunyai kaitan langsung dengan mazhab-mazhab yang terdapat di kalangan kaum Muslimin sejak masa pertumbuhan Islam hingga sekarang. Jadi, pada hakikatnya Imam 'Ali r.a. adalah orang yang mendirikan berbagai mazhab, atau dapat disebut juga sebagai poros di sekitar mana golongan-golongan mazhab itu berputar. Hampir tak ada satu golongan mazhab pun yang tidak berguru kepada Imam 'Ali r.a., dan hampir tak ada satu golongan mazhab pun yang tidak memandang Imam 'Ali r.a. sebagai pusat pembahasan ilmu". Demikianlah antara lain yang dikatakan oleh Mahmud 'Abbas Al-Aqqad dalam bukunya yang berjudul "Abqariyyatu 'Ali bin Abi Thalib".

Sebagai tambahan atas keterangan tentang syarat-syarat yang dimiliki oleh seorang Imam, dapatlah kami katakana bahawa Imam 'Ali adalah seorang yang benar-benar memiliki semua syarat. Keistimewaannya yang paling menonjol dan tidak dipunyai orang lain ialah kedalaman ilmunya. Ibnu 'Abbas r.a., seorang ulama puncak yang terkenal luas ilmunya hingga ummat Islam menjulukinya dengan gelaran "Habrul-Ummah" (Orang yang paling alim dan saleh di kalangan ummat) dan "Tarjumanul-Qur'an" (Terjemahan Al-Qur'an), mengatakan dengan jujur: "Dibanding dengan 'Ali bin Abi Thalib ilmuku hanya ibarat setetes air ditengah samudra". Itu bukan sekadar basa-basi, melainkan kenyataan sebenarnya, kerana Ibnu 'Abbas r.a. adalah murid Imam 'Ali r.a.

Khalifah Umar Ibnul-Khatthab r.a. pernah berkata terus terang kepada Imam 'Ali r.a.: "Hai Abul-Hasan (nama panggilan Imam 'Ali r.a.), mudah-mudahan Allah tidak membiarkan aku terus hidup di bumi ini tanpa engkau"! Itu pun bukan sekadar sanjungan, kerana menurut kenyataan, dalam menghadapi berbagai persoalan yang sukar dan rumit, Khalifah Umar selalu minta bantuan fikiran Imam 'Ali r.a.

Abu 'Ubaidah bin Al-Jarrah berkata: "Sya'ir yang diucapkan oleh 'Ali bin Abi Thalib hanya terdiri dari sembilan kalimat, tetapi tidak memberi kemungkinan bagi orang lain untuk menyamai kalimat-kalimatnya. Tiga kalimat mengenai munajat (doa taqarrub kepada Allah s.w.t.), tiga kalimat mengenai ilmu dan tiga kalimat yang lain mengenai adab. Yang mengenai munajat ialah ucapannya yang mengatakan: 'Aku merasa cukup mulia dengan bertuhan kepada-Mu, ya Allah! Aku merasa bangga menjadi hamba-Mu, ya Allah! Bagiku Engkau adalah sebagaimana kucintai, kerananya limpahkanlah taufiq kepadaku sebagaimana Engkau kehendaki!" Ucapan yang mengenai ilmu adalah: "Nilai seseorang tersembunyi di bawah lidahnya, kerana itu bicaralah! Dengan berbicara engkau akan dikenal orang, dan orang tidak rugi dengan mengenal dirinya sendiri!" Sedang yang mengenai adab ialah ucapannya yang mengatakan: "Tanamlah budi baik kepada siapa saja yang kau sukai, engkau pasti dapat memerintahnya! Jika engkau membutuhkan pertolongan orang lain, engkau akan menjadi sederajat dengan dia! Butuh kepada orang lain bererti engkau menjadi budaknya!"

Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam "Shahih"-nya masing-masing meriwayatkan, bahawa ketika terjadi perang "Khaibar" melawan kaum Yahudi, Rasulullah s.a.w. memberitahu pasukan Muslimin:

"Besok pagi panji peperangan pasti akan kuserahkan kepada seorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan Allah beserta Rasul-Nya pun mencintainya; kepada Allah akan mengurniakan kemenangan".

Keesokannya harinya setelah semua pasukan siap ke medan tempur Rasulullah s.a.w. bertanya: Manakah 'Ali bin Abi Thalib?" Para sahabat menjawap: "Ia mengeluh matanya sakit". Setelah Imam 'Ali r.a. datang, Rasulullah s.a.w. mengusap mata Imam 'Ali dengan ludah beliau sambil didoakan supaya segera sembuh, setelah itu beliau menyerahkan panji peperangan kepadanya. Menanggapi kebijaksanaan Rasulullah s.a.w. itu Umar Ibnul-Khatthab r.a. berkata: "Aku tidak pernah kepingin menjadi pemimpin kecuali pada hari itu"!

Ketika Rasulullah s.a.w. menugaskan Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. memimpin jama'ah haji ke Makkah, beliau mengutus Imam 'Ali r.a. menyusul untuk menyampaikan beberapa ayat awal Surah Al-Bara'ah. Kepada para sahabat beliau berkata:

"Tidak ada orang yang berangkat untuk menunaikan tugas itu kecuali seorang dari aku dan aku pun dari dia".

Kemudian kepada beberapa orang putera pamannya, beliau bertanya:

"Siapakah di antara kalian yang akan meneruskan kepimpinanku di dunia dan akhirat?"

Semuanya diam kecuali Imam 'Ali r.a. yang menyahut: "Aku, ya Rasulullah"! Menanggapi jawapan Imam 'Ali r.a. itu Rasulullah s.a.w. menegaskan:

"Dialah penerus kepemimpinanku di dunia dan akhirat".

'Imran bin Hashin r.a. meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada para sahabatnya:

"Apakah yang kalian inginkan dari 'Ali? Sesungguhnya 'Ali adalah dari aku dan aku dari 'Ali. Sepeninggalku ia adalah pemimpin setiap orang mukmin".

Imam Al-Hafidz bin Hajar di dalam kitab "Al-Ishabah" mengutip sebuah riwayat Hadits dari "Musnad" Ibnu Hanbal yang berasal dari Hadits Imam 'Ali r.a., bahawa pada suatu hari para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, sepeninggal anda siapakah yang boleh kita angkat sebagai pemimpin?"

Rasulullah s.a.w. menjawap:

"Jika kalian mengangkat Abu Bakar sebagai pemimpin kalian, kalian akan menyaksikan bahawa ia adalah seorang yang terpercaya, hidup zuhud di dunia dan mendambakan kehidupan akhirat. Jika kalian mengangkat Umar sebagai pemimpin kalian, kalian akan menyaksikan ia adalah seorang kuat, terpercaya dan dalam membela kebenaran Allah tidak takut dibenci orang lain. Jika kalian mengangkat 'Ali sebagai pemimpin kalian – aku melihat kalian tidak akan melakukannya – kalian akan menyaksikan ia adalah seorang penuntun yang mendapat hidayat dan akan membimbing kalian ke jalan yang lurus".

Ibnu 'Abbas r.a. meriwayatkan, bahawa pada suatu malam Imam 'Ali r.a. berkata kepadanya: "Hai Ibnu 'Abbas, bila engkau selesai menunaikan sholat "Isya, datanglah kepadaku di jabbanah (tanah tinggi) itu". "Selesai sholat aku datang ke sana, ketika itu malam terang bulan", demikian Ibnu 'Abbas r.a. meneruskan: "…ia bertanya kepadaku: Apakah tafsir huruf 'alif' di dalam kata 'alhamdu'? Kujawap: "aku tidak tahu". Satu jam lamanya 'Ali bin Abi Thalib menerangkan makna huruf 'alif' itu. Kemudian ia bertanya lagi: Apakah ertinya huruf 'lam' dalam kata 'Alhamdu'? Kujawap: "Aku tidak tahu". Satu jam penuh ia menerangkan makna huruf 'lam'… Demikianlah ia menanyakan kepadaku hingga huruf terakhir kata "alhamdu" yang semuanya kujawap "tidak tahu". Masing-masing huruf diterangkan olehnya selama satu jam penuh hingga fajar menyinsing. Setelah itu ia berkata: "Hai Ibnu 'Abbas, ayuh kita pergi ke rumahmu, dan siaplah engkau menunaikan kewajipanmu".

"Apa yang dikatakan olehnya tidak dapat kulupakan, sehingga aku berfikir: Kalau begitu, ilmuku mengenai Al-Qur'an dibanding dengan ilmunya 'Ali ibarat setitis air dibanding samudera! Benarlah bahawa ilmu Rasulullah s.a.w. dari ilmu Allah, ilmu 'Ali dari ilmu Rasulullah, ilmuku dari ilmu 'Ali. Semua ilmu yang ada padaku dan para sahabat Nabi jika dibanding dengan ilmu yang ada pada 'Ali adalah ibarat setitis air dibanding dengan tujuh lautan" (Dari kitab 'Asy-Syaraful-Muabbad li Aal Muhammad').

Sekembalinya dari Hijjatul-Wada, Rasulullah s.a.w. bersama seluruh rombongan besar yang dipimpinnya berhenti di sebuah tempat bernama Ghadir Khum. Beliau minta supaya semua rombongan mencari tempat berteduh di bawah pepohonan. Kemudian dalam khutbahnya beliau bersabda:

"Seakan-akan aku sudah dipanggil dan aku akan memenuhi panggilan itu. Kepada kalian telah kutinggal dua bekal, yang satu lebih besar daripada yang lain: Kitabullah dan keturunanku. Maka perhantikanlah dua hal itu dalam kalian meneruskan kepemimpinanku. Kedua-duanya tidak akan berpisah hingga kembali kepadaku di haudh".

Selanjutnya Rasulullah s.a.w. menegaskan:

"Allah 'Azza wa Jalla adalah Maula-ku (pemimpinku) dan aku adalah maula setiap orang Mu'min".

Kemudian Rasulullah s.a.w. menarik tangan Imam 'Ali r.a. seraya berucap:

"Barangsiapa yang aku ini menjadi maulanya maka orang ini – yakni 'Ali r.a. – adalah walinya. Ya Allah pimpinlah orang yang menjadikan dia pemimpinnya dan musuhilah orang memusuhinya".

Thabraniy dalam kitabnya 'Al-Kabir' dan Ar-Rafi'iy dalam 'Musnad'-nya dengan isnad Ibnu 'Abbas r.a. mengetengahkan sebuah Hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah menegaskan:

"Barangsiapa senang hidup seperti hidupku dan mati seperti matiku, lalu ia ingin menjadi perghuni syurga 'Adn yang ditanam oleh Tuhanku, hendaknya ia mengangkat 'Ali sebagai pemimpin sepeninggalku, dan orang itupun hendaknya mengikuti pimpinan orang yang diangkat oleh 'Ali sebagai pemimpin, dan supaya berteladan kepada ahlulbaitku sepeninggalku. Sebab mereka itu adalah keturunanku dan diciptakan dari darah dagingku serta dikurniai pengertian dan ilmuku. Celakalah orang dari ummatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui mereka. Allah tidak akan menurunkan syafaatku kepada orang-orang seperti ini".

Masih banyak lagi Hadits-Hadits Nabi s.a.w. yang menerangkan keutamaan Imam 'Ali r.a. sebagai anggota ahlulbait Rasulullah s.a.w. Salah satu di antaranya yang kami anggap perlu diketahui ialah riwayat Hadits tentang mubahalah (permohonan kepada Allah s.w.t. supaya menurunkan kutukannya kepada pihak yang berdusta), suatu peristiwa yang terjadi beberapa waktu setelah Allah s.w.t. menurunkan firman-Nya yang terkenal dengan 'ayat mubahalah', sebagai berikut:

"Barangsiapa membantahmu tentang dia (Nabi Isa a.s.) setelah engkau menerima pengetahuan yang meyakinkan, maka katakanlah kepada orang itu: "Marilah kita panggil (Kumpulkan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, lalu marilah kita pohon kepada Allah supaya menjatuhkan kutukan-Nya kepada orang-orang yang berdusta". (S. Aali-'Imran: 61).

Ayat mubahalah itu turun pada tahun ke-10 hijrah berkenaan dengan adanya tentangan dan pendustaan dari beberapa orang utusan kaum Nasrani dari daerah Najran yang datang menghadap Rasulullah s.a.w.

Para ahli tafsir dan ahli Hadits mengatakan, bahawa ayat 61 Surah Aali Imran tersebut turun kepada Rasulullah s.a.w. tertuju kepada ahlulbait beliau. Mereka menafsirkan, bahawa yang dimaksudkan dengan "anak-anak kami" ialah Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu 'anhuma: yang dimaksud dengan "wanita-wanita kami" adalah Siti Fatimah r.a.; dan yang dimaksud dengan "diri-diri kami" ialah Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a.

Penulis kitab 'Majma'ul-Bayan' dan lain-lain mengatakan, adalah tidak lazim orang memanggil dirinya sendiri. Jadi, kalau kalimat "diri-diri kami" hendak diertikan orang selain Rasulullah s.a.w. maka yang terkena isyarat kalimat tersebut pasti Imam 'Ali r.a. Sebab, tidak ada orang lain diajak oleh Rasulullah s.a.w. untuk bermubahalah dengan kaum Nasrani Najran kecuali Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a., isterinya (Siti Fatimah r.a.) dan kedua orang puteranya (Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallah 'anhuma). Yang dimaksud "diri-diri kami" bisa Rasulullah s.a.w. sendiri dan bisa pula beliau bersama Imam 'Ali r.a. Demikian juga penafsiran yang diketengahkan oleh Al-Waqidiy, Asy-Syi'biy, Jabir dan lain-lain.

Peristiwa mubahalah itu ringkasnya sebagai berikut: Pada suatu hari datanglah beberapa orang Nasrani menghadap Rasulullah s.a.w. untuk mempersoalkan agama Islam, dengan maksud hendak menyanggah kebenaran berita-berita Al-Qur'an mengenai Nabi Isa a.s. Pembicaraan itu tidak menghasilkan persetujuan apa pun juga selain kesepakatan untuk secara bersama-sama mohon kepada pihak yang berdusta. Untuk keperluan itu kedua belah pihak menetapkan tempat dan waktu atas dasar persetujuan bersama. Ketika waktu yang telah ditentukan itu tiba, Rasulullah s.a.w. keluar mengajak orang-orang terdekat yang dipandang paling mulia dan terhormat. Mereka itu terdiri dari Imam 'Ali r.a., Siti Fatimah r.a. dan kedua orang cucu beliau, yaitu Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallah 'anhuma. Rasulullah s.a.w. berjalan mengendong Al-Husein r.a. yang ketika itu masih kanak-kanak sambil menggandeng Al-Hasan r.a. yang sudah agak besar. Di belakang beliau berjalan Siti Fatimah r.a. dengan kain kerudung, sedangkan Imam 'Ali r.a. berjalan di belakangnya.

Dalam waktu yang bersamaan keluar pula dua orang wakil kaum Nasrani Najran mengajak anak-anak mereka yang semuanya berpakaian dan memakai perhiasan serba indah. Mereka diikuti oleh beberapa orang prajurit berkuda dari Bani Al-Harits. Segala sesuatunya telah disiapkan demikian rapih. Sekarang kedua belah pihak telah bertemu di sebuah tempat dengan disaksikan orang ramai yang hatinya berdebar-debar menunggu peristiwa penting apa yang bakal terjadi.

Setelah masing-masing pihak siap, dua orang wakil kaum Nasrani Najran mendekati Rasulullah s.a.w. Dengan air muka kebingungan dan gelisah mereka bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Hai Abul-Qasim, siapakah orang-orang yang anda ajak bermubahalah itu?" Beliau s.a.w. menjawap: "Dalam bermubahalah dengan kalian sekarang ini aku mengajak orang-orang yang terbaik dimuka bumi dan termulia di sisi Allah"! Sambil mengucapkan jawapan itu beliau menunjuk kepada Imam 'Ali r.a., Siti Fatimah r.a., Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallah 'anhuma.

Sambil merasa keheran-heranan dua orang wakil kaum Nasrani Najran itu bertanya lagi: "Apa sebab anda tidak mengajak serta orang-orang besar, gagah dan tampan dari kalangan pengikut anda"? Rasulullah s.a.w. menyahut: "Ya, dalam bermubahalah dengan kalian sekarang ini kami telah mengajak mereka, penghuni bumi yang terbaik dan makhluk Allah yang paling utama"!

Orang-orang Nasrani itu terpukau, hati mereka menjadi kecut dan cemas, kemudian mereka pergi menghadap pemimpin mereka, seorang Uskup. Uskup yang bernama Abu Haritsah itu dengan perasaan terpengaruh oleh kewibawaan Rasulullah s.a.w. sekeluarga, menjawap: "Aku telah menyaksikan sendiri wajah mereka (yakni Rasulullah s.a.w. dan keluarganya). Seumpama di antara mereka itu ada yang mohon kepada Allah supaya gunung-gunung itu dipindahkan dari tempatnya, Allah pasti akan memindahkannya...!

Setelah berhenti sejenak Uskup itu melanjutkan perkataannya: "...Tidakkah kalian melihat Muhammad mengangkat tangan ke atas ketika ia menjawap pertanyaan kalian? Benarlah apa yang telah dikatakan oleh Almasih "jika orang itu mengeluarkan perkataan dari mulutnya kita tidak akan dapat kembali lagi bertemu dengan keluarga dan harta benda kita"! Setelah mengucapkan kata-kata itu Abu Haritsah tiba-tiba berkata lagi dengan suara keras: "Hai, apakah kalian tidak melihat matahari itu sudah berubah warna? Bukankah di ufuk sana sudah penuh dengan gumpalan awan tebal? Angin hitam dan merah sudah mulai bertiup kencang, dan gunung-gunung itu telah mengepulkan asap tinggi menjulang langit! Lihatlah burung-burung sudah beterbangan pulang ke sarangnya masing-masing di atas pepohonan! Lihatlah dedaunan gugur berjatuhan dan tanah di bawah telapak kaki kita sudah mulai goncang"!

Maha Besar Allah s.w.t.! Orang-orang Nasrani itu benar-benar tenggelam di bawah pengaruh keagungan wajah-wajah suci, dan akhirnya mereka mempercayai kemuliaan Rasulullah s.a.w. di sisi Tuhannya. Mereka terpesona menundukkan kepala di depan Muhammad Rasulullah s.a.w. Saat itu beliau berkata: "Seksa Allah akan jatuh menimpa orang-orang Nasrani itu. Kalau bukan kerana pengampunan Allah, mereka pasti akan dijelmakan sebagai kera dan babi. Bagi mereka lembah pun akan berubah menjadi api. Allah akan memusnahkan daerah Najran bersama penduduknya, termasuk burung-burung di atas pepohonan dan semua yang ada pada mereka"!

Dalam risalah kami yang berjudul "Asyura" telah kami katakan, bahwa dimilikinya fadha'il (keutamaan, kelebihan dan keistimewaan) oleh para ahlulbait Rasulullah s.a.w. tidak mengurangi keutamaan para sahabat Nabi yang bukan dari kalangan ahlul-bait, terutama mereka yang telah menyerahkan seluruh hidupnya kepada Allah dan Rasul-Nya dan telah mengorbankan jiwa-raga dan harta benda demi kejayaan Islam dan kaum Muslimin.

Sekalipun demikian, terdapat perbezaan pokok antara fadha'il yang dimiliki oleh para ahlulbait Rasulullah s.a.w. dan fadha'il yang ada pada para sahabat Nabi yang bukan berasal dari ahlulbait. Memang benar, bahawa mereka itu semuanya sama-sama bertakwa, taat dan setia kepada Allah dan Rasul-Nya. Persamaan fadha'il itu disebabkan oleh amal kebajikannya masing-masing. Akan tetapi ada fadha'il yang tidak mungkin dimiliki oleh para sahabat Nabi dari luar kalangan ahlulbait. Sebab para anggota ahlulbait secara kondrati dan menurut fitrahnya telah mempunyai fadha'il kerana hubungan darah dan keturunan dengan manusia pilihan Allah, yaitu junjungan kita Nabi Besar Muhammad s.a.w. Hubungan biologis itu merupakan kenyataan yang tidak dapat disangkal dan tidak mungkin dapat diimbangi oleh orang lain. Lebih-lebih lagi setelah turunnya firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Ahzab ayat 33 dan wasiat Rasulullah s.a.w. yang berupa Hadits Tsaqalain. Kecuali itu beliau s.a.w. sendiri telah menegaskan:

"Hai manusia, bahawasanya keutamaan, kemuliaan, kedudukan dan kepemimpinan ada pada Rasulullah dan keturunannya. Janganlah kalian diseret oleh kebatilan" (Ash-Shawa'iqul Muhriqah: 105).

Beliau s.a.w. juga menekankan betapa pentingnya kaum Muslimin mencintai ahlulbait beliau sebagai konsekwensi pengakuan kaum Muslimin atas kemuliaan martabat mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Dua kaki seorang hamba tidak akan bergerak pada hari kiamat sebelum ia ditanya tentang: Untuk apa umurnya dihabiskan, untuk apa jasadnya dibinasakan, dan untuk apa hartanya dibelanjakan, dari mana diperoleh serta bagaimana kecintaannya kepada ahlulbait". (Hadits Ibnu 'Abbas r.a., dikeluarkan oleh Thabraniy, As-Sayuthiy dan An-Nabhaniy dalam kitabnya 'Arba'unal-Arba'in'.)

Walaupun para ahlulbait Rasulullah s.a.w. menurut dzatnya telah mempunyai fadha'il, namun Rasulullah s.a.w. tetap memberi dorongan kepada mereka supaya memperbesar ketakwaan kepada Allah s.w.t. Jangan sampai mereka mengandalkan begitu saja hubungannya masing-masing dengan beliau. Kerana hubungan suci dan hubungan yang mulia, itu saja, tanpa disertai amal saleh tidak akan membawa mereka kepada martabat yang setinggi-tingginya di sisi Allah, juga tidak akan membuat mereka sebagai orang-orang terkemuka di kalangan ummat yang bertakwa kepada Allah dan Rasul-Nya. Sebab Allah s.w.t. telah berfirman:

"Sesungguhnya di antara kalian yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang besar takwanya". (S. Al-Hujurat: 13).

Kami katakan, dengan fadha'il dzatiyah dan amaliyah para ahlulbait Rasulullah s.a.w. memiliki keutamaan ganda, yaitu keutamaan yang tidak dimiliki orang lain. Keutamaan ganda itulah yang secara tepat dan benar mendudukkan mereka sebagai para pemimpin di tengah-tengah kehidupan kaum Muslimin. Bukan sebagai pemimpin yang mulia saja, melainkan juga pemimpin yang suci, kerana mereka telah disucikan dzatnya oleh Allah s.w.t. sebagaimana termaktub dalam Al-Qur'anul-Karim (S. Al-Ahzab: 33). Fadha'il tinggi dan istimewa yang dilimpahkan Allah kepada mereka itu merupakan penghargaan yang tiada taranya kepada seorang Nabi dan Rasul yang dicintai Allah Azza wa Jalla, yaitu junjungan kita Nabi Besar Muhammad s.a.w.

Mengenai fadha'il yang ada pada sahabat Nabi, mereka memperolehnya dari amal shaleh, ketakwaan dan kesetiaan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya. Tentang hal itu Allah telah menyatakan pujian-Nya, antara lain:

"Sebagai ummat terbaik di kalangan manusia". (S. Aali Imran: 110).

"Sebagai ummat yang adil". (S. Al-Baqarah:143)

"Sebagai orang-orang beriman yang memperoleh pancaran cahaya Ilahi". (S. At-Tahrim: 8).

"Sebagai orang-orang yang telah mengikrarkan janji setia kepada Allah dan Rasul-Nya". (S. Al-Fath: 18).

"Sebagai orang-orang yang terdahulu memeluk Islam dan telah memperoleh keridhoan Allah". (S. A-Taubah: 100).

"Sebagai pembela-pembela Rasulullah s.a.w." (S. Al-Anfal: 64).

"Sebagai orang-orang muhajirin dan anshar yang saling bantu dan setiakawan dalam membela seerta menegakkan kebenaran Allah dan Rasul-Nya". (S. Al-Hasyr: 8-10).

"Sebagai orang-orang yang beriman dan tekun beribadah serta gemar beramal saleh". (S. Al-Fath: 29)... dan lain-lain.

Kendatipun para ahlulbait Rasulullah s.a.w. itu memiliki fadha'il ganda (dzatiyah dan amaliyah), tidak bererti mereka tidak mempunyai kemungkinan berbuat keliru atau salah, sebab kemungkinan seperti itu adalah termasuk sifat-sifat manusiawi. Mereka bukan manusia-manusia ma'shum seperti para Nabi dan para Rasul yang diutus Allah membawakan syari'at-Nya kepada ummat manusia. Namun demikian, Allah s.w.t. dengan kasih sayang dan kepemurahan-Nya berkenan melimpahkan ampunan atas kekeliruan dan kesalahan mereka serta memelihara mereka dari cacad cela. Jadi kalau terjadi perbuatan keliru atau salah yang dilakukan oleh pada sahabat Nabi terhadap para ahlulbait, atau sebaliknya, hal itu tidak mengherankan kerana mereka itu semuanya adalah manusia-manusia bukan ma'shum, dan sebagai manusia mereka pun tidak terlepas dari sifat-sifat kemanusiawiannya masing-masing.

Kita segenap kaum Muslimin, tidak pandang perbezaan aliran atau mazhabnya masing-masing wajib mencintai mereka sesuai dengan tingkat martabatnya masing-masing. Kita wajib bersikap adil terhadap mereka semuanya, mengingat jasa-jasa mereka terhadap agama, pengorbanan yang telah mereka sumbangkan kepada kaum Muslimin, ketaatan mereka kepada Rabbul alamin dan kesetiaan mereka kepada Sayyidul-Mursalin. Sikap yang kita ambil itu harus bertolak dari niat untuk memperoleh keridhoan Allah semata-mata. Tidak ada alasan sama sekali menuduh orang yang mencintai ahlulbait Rasulullah s.a.w. sebagai "pengikut Syi'ah", baik yang ekstrim seperti kaum Rawafidh atau lainnya. Dalam hal itu tepat sekali jawapan Imam Syafi'iy r.a. terhadap tuduhan semacam itu. Dalam sebuah bait sya'irnya ia dengan tegas berkata:

"Kalau mencintai aal (ahlulbait) Muhammad dituduh sebagai orang Rafidhiy – yakni kaum Syi'ah Rawafidh – maka biarlah manusia dan jin menjadi saksi bahawa saya ini Rafidhiy".

Imam Syafi'iy r.a. bukan hanya mencintai ahlulbait saja, bahkan ia menekankan keharusan mencintai mereka dan memandangkan sebagai hal yang wajib. Dalam sya'irnya yang lain lagi ia mengatakan:

"Wahai keluarga (ahlulbait) Rasulullah, dalam Al-Qur'an Allah menetapkan bahawa kecintaan kami kepada kalian adalah wajib. Cukuplah kemuliaan bagi kalian, hingga gugurlah shalat orang yang tidak mengucap shalawat bagi kalian".

Dalam sya'irnya yang lain lagi ia mengatakan:

"Ahlulbait Rasulullah adalah pengayomanku, merekalah wasilahku kepada Allah. Kuharap kelak dapat keserahkan shahifahku dengan tangan kananku".

Zamakhsyariy dalam kitab 'Al-Kasysyaf' mengetengahkan sebuah Hadits panjang, yang kemudian dikutip oleh Al-Fakhrur-Raziy di dalam 'Al-Kabir', bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai aal Muhammad, ia mati syahid. Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai aal Muhammad, ia mati dalam keadaan taubatnya diterima Allah. Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai aal Muhammad, ia mati sebagai mu'min yang sempurna imannya. Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai aal Muhammad, ia akan diberi khabar gembira masuk syurga oleh malaikat maut kemudia oleh Munkar dan Nakir. Barangsiapa yang meninggal dunia dalam keadaan mencintai aal Muhammad, ia akan diiring ke dalam syurga seperti pengantin wanita diarah ke rumah suaminya. Barangsiapa yang meninggal dunia dalam keadaan mencintai aal Muhammad, dalam kuburnya akan dibukakan dua pintu ke syurga. Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai aal Muhammad, ia mati di dalam Sunnah Waljama'ah. Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan membenci aal Muhammad, pada hari kiamat ia akan dibangkitkan dalam keadaan antara kedua matanya bertuliskan: "Orang yang putus asa dari rahmat Allah". Barangsiapa yang meninggal dunia dalam keadaan membenci aal Muhammad, ia mati kafir. Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan membenci aal Muhammad, ia tidak akan mencium bau syurga". ('Syaraful-Muabbad li Aal Muhammad: 152).

Zir bin Hubaisy meriwayatkan sebuah riwayat Hadits, bahawa ia mendengar sendiri Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a. berkata:

"Demi Allah yang merekahkan biji dan membersihkan manusia dari dosa, bahawa An-Nabiyyul-Ummiyyu – yakni Rasulullah s.a.w. – telah menegaskan kepadaku: Yang mencintai diriku adalah orang beriman dan tidak ada yang membenciku kecuali orang munafik". (Ibnu Taimiyyah: 'Fadhlu Ahlil-Bait Wa Huququhum': 80).

Imam 'Ali r.a. meriwayatkan sebuah Hadits Rasulullah s.a.w., bahawa beliau s.a.w. pernah menerangkan kepadanya:

"Setiap Nabi diberi tujuh orang mulia sebagai teman atau pendamping; kepadaku diberikan empat belas orang... Kami bertanya: siapakah mereka itu? 'Ali bin Abi Thalib menjawap: Aku, kedua orang anakku, Ja'far, Hamzah, Abu Bakar, Umar, Mash'ab bin Umair, Bilal, Salman, Ammar, Al-Miqdad, Hudzaifah dan Abdullah bin Mas'ud". ('Ahlul-Bait Wa Huququhum': 86).

'Abdurrahman bin Abu Laila meriwayatkan sebuah Hadits, bahawa ayahnya (Abu Laila) sering bergadang malam bersama Imam 'Ali r.a. Di musim panas Imam 'Ali sering memakai baju musim dingin dan di musim dingin ia sering memakai baju panas. Ketika ditanya oleh Abu Laila Imam 'Ali menjawap:

"Ketika terjadi perang Khaibar Rasulullah s.a.w. mengangkat saya sebagai pemegang panji – yakni sebagai panglima. Saat itu saya sedang sakit mata. Saya katakan kepada beliau: Ya Rasulullah, saya sedang sakit mata. Beliau lalu mengusap mataku dengan ludah seraya berdoa: Ya Allah, hindarkanlah dia dari panas dan dingin... Sejak itu saya tidak pernah lagi merasa kepanasan dan kedinginan... Rasulullah s.a.w. ketika itu berkata: 'Kuangkat seorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya". ('ahlulbait Wa Huququhum' : 89).

Habsyiy bin Janadah mengatakan, bahawa ia mendengar sendiri Rasulullah s.a.w. pernah berkata:

"'Ali dari aku dan aku dari dia, tidak ada orang lain yang menunaikan tugas mewakili aku kecuali 'Ali" ('Ahlulbait Wa Huququhum": 89).

Buraidah Al-Aslami mengatakan: Ketika aku bersama 'Ali berperang di Yaman, kulihat ia bersikap keras. Sepulangnya dari Yaman aku menghadap Rasulullah s.a.w. memberitahukan soal 'Ali itu kepada beliau. Kulihat wajah beliau berubah, kemudian berkata:

"Hai Buraidah, bukankah bagi kaum Mu'minin aku ini kebih utama daripada diri mereka? Aku (Buraidah) menjawap: Benar, ya Rasulullah. Beliau lalu berkata lagi: Barangsiapa aku menjadi pemimpinnya maka 'Ali pun menjadi pemimpinnya".

Sebuah Hadits dari Ibnu 'Abbas r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. menyerahkan panji perang Badr kepada Imam 'Ali r.a. yang ketika itu masih seorang pemuda berumur duapuluh tahun.

Imam 'Ali r.a. dengan tegas dan jujur pernah berkata:

"Aku adalah hamba Allah dan saudara Rasul-Nya dan aku pun orang yang paling terpercaya (oleh beliau). Orang selainku yang mengaku seperti itu adalah dusta. Aku telah menunaikan shalat tujuh tahun sebelum orang lain, yaitu sebelum ada seorang pun dari ummat ini yang bersembah sujud kepada Allah".

Ibnu 'Abbas r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. diangkat sebagai Nabi pada hari Isnin. Keesokan harinya, hari Selasa, Imam 'Ali r.a. memeluk Islam.

Sa'ad bin Abi Waqqash berkata kepada seorang yang masih meragukan keutamaan Imam 'Ali r.a.:

"Rasulullah s.a.w. minta kepada pamannya, 'Abbas, supaya pindah tempat dari lingkungan masjid nabawiy ketika masjid itu dipagar. Kepada Rasulullah s.a.w. 'Abbas berkata: Anda minta supaya kami pindah tempat padahal kami adalah kerabat anda dan paman anda; sedangkan 'Ali anda biarkan bertempat tinggal di situ... Rasulullah menjawap: Aku tidak mengeluarkan anda dan menempatkan dia, tetapi Allah yang mengeluarkan anda dan menempatkan dia."

Abu Abdullah Al-Jadaliy mengatakan, bahawa pada suatu hari ia datang menemui Ummu Salamah r.a. Ummul Mu'minin itu bertanya: Apakah ada orang yang memaki 'Ali dalam keadaan Rasulullah berada di tengah-tengah kalian? Abu Abdullah menjawap: Na'udzu billah, tidak sepatah kata pun seperti itu yang kami ucapkan. Ummul Mu'minin kemudian berkata:

"Aku mendengar sendiri Rasulullah s.a.w. berkata; Barangsiapa yang memaki 'Ali bererti memaki diriku".

Abu Dzar Al-Ghifariy r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan:

"Barangsiapa yang taat kepadaku ia taat kepada Allah dan siapa yang menentang aku ia menentang Allah, dan siapa yang menentang 'Ali ia menentang aku".

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Imam 'Ali r.a.:

"Sepeninggalku engkaulah yang akan menjelaskan kepada ummatku soal-soal yang mereka perselisihkan".

Abu Dzar r.a. meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Imam 'Ali r.a.:

"Hai 'Ali, barangsiapa meninggalkan diriku ia telah meninggalkan Allah, dan barangsiapa meninggalkan engkau ia telah meninggalkan diriku".

Zaid bin Arqam meriwayatkan, bahawa beberapa orang sahabat Nabi pintu rumahnya berhadapan langsung dengan masjid nabawiy. Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya semua pintu di tutup kecuali pintu rumah Imam 'Ali r.a. Ketika Rasulullah s.a.w. mendengar banyak orang memperbincangkan perintah beliau itu, dalam suatu khutbahnya – setelah memanjatkan puji dan syukur ke hadhirat Allah – beliau berkata:

"Amma ba'du, aku diperintahkan menutup semua pintu rumah itu kecuali pintu rumah 'Ali, kemudian ada di antara kalian yang membicarakan soal itu. Demi Allah, aku tidak menutup dan tidak membuka sesuatu melainkan kerana aku diperintah untuk berbuat itu, dan perintah itu, kuikuti (yang dimaksud beliau ialah diperintah oleh Allah s.w.t.)".

Ibnu 'Abbas r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah telah menegaskan betapa dalam ilmu yang dimiliki oleh Imam 'Ali r.a., sehingga beliau s.a.w. berkata:

"Aku adalah kota ilmu dan 'Ali pintu gerbangnya, barangsiapa yang hendak masuk ke dalam kota hendaknya ia melalui pintu gerbangnya".

Dalam kesempatan yang lain lagi Ibnu 'Abbas r.a. juga meriwayatkan kesaksiannya sendiri sebagai berikut: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. memandang kepada 'Ali seraya berkata:

"Engkau sayyid (pemimpin) di dunia dan sayyid di akhirat. Orang yang kau cintai menjadi kecintaanku dan orang yang kucintai ia dicintai Allah. Musuhmu adalah musuhku dan musuhku ialah musuh Allah. Celakalah orang yang membencimu sepeninggalmu". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 98).

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa pada suatu hari Siti Fatimah r.a. berkata kepada ayahandanya. "Ya Rasulullah, ayah menikahkan aku dengan 'Ali bin Abi Thalib, seorang miskin yang tidak mempunyai harta apa pun juga". Rasulullah s.a.w. menjawap:

"Apakah engkau tidak puas, bahawa Allah s.w.t. telah memeriksa seluruh manusia di bumi kemudian memilih dua orang: Yang satu ayahmu sendiri dan yang lain ialah suamimu!" ('Ahlulbait Wa Huququhum': 99).

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan pengalaman dan kesaksiannya sendiri, mengatakan sebagai berikut: "Aku dahulu melayani Rasulullah s.a.w. Pada suatu hari ada orang mengirimkan ayam panggang untuk beliau. Menghadapi hidangan ini beliau berdoa:

"Ya Allah, datangkanlah kepadaku orang yang paling Engkau cintai agar ia makan ayam panggang ini bersamaku".

Mendengar doa beliau itu aku sendiri lalu berdoa: Ya Allah, datangkanlah seorang dari kaum Anshar! Akan tetapi yang datang adalah 'Ali r.a., kerana itu kukatakan kepadanya bahawa Rasulullah s.a.w. sedang ada keperluan. 'Ali r.a. pergi, tak berapa lama kemudian ia datang lagi. Kepadanya kukatakan seperti semula. Demikianlah sampai ia berulang-alik tiga kali. Kedatangannya yang ketiga kali, Rasulullah s.a.w. memerintahkan aku supaya membukakan pintu. Setelah 'Ali r.a. masuk, kepadanya Rasulullah s.a.w. bertanya:

"Apa yang membuatmu terlambat? 'Ali menjawap: Ini kedatanganku yang ketiga kalinya. Anas mencegah aku masuk dengan alasan anda sedang ada keperluan... Rasulullah s.a.w. lalu bertanya kepada Anas: Kenapa engkau berbuat seperti itu? Anas menjawap: Ya Rasulullah, tadi aku mendengar doa anda, dan aku ingin supaya yang datang seorang dari kaumku!... Beliau s.a.w. kemudian berkata kepada 'Ali: Dia (Anas) kadang-kadang mencintai kaumnya sendiri!" ('Ahlulbait Wa Huququhum': 100).

Abul-Bakhtariy meriwayatkan, bahawa Imam 'Ali r.a. pernah menceritakan sebagai berikut:

"Rasulullah s.a.w. pernah mengutusku sebagai qadhi (hakim) ke Yaman. Ketika itu aku berkata: Ya Rasulullah, aku masih muda, mungkin akan menghadapi kasus perkara yang aku tidak mengetahui hukumnya... Beliau s.a.w. kemudian meletakkan tangannya pada dadaku seraya berdoa: 'Ya Allah, mantapkanlah ucapannya dan tuntunlah hatinya'. Sejak itu aku tidak pernah ragu dalam menetapkan keputusan hukum". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 104).

Hayyan Al-Asadiy mengatakan, bahawa ia mendengar sendiri Imam 'Ali r.a. berkata sebagai berikut:

"Rasulullah s.a.w. telah mengatakan kepadaku: Sepeninggalku ummat ini akan memperdayakan engkau, engkau akan hidup mengikuti jejakku dan akan terbunuh kerana membela sunnahku. Barangsiapa mencintaimu bererti ia mencintaiku dan siapa yang membencimu bererti membenciku...dan ini kelak akan berubah warna kerana ini4. ('Ahlulbait Wa Huququhum': 107).

Demikianlah beberapa Hadits Rasulullah s.a.w. yang kami kutip dari kitab 'Ahlulbait Wa Huququhum' ('Ahlulbait dan Hak-hak mereka') yang ditulis oleh Syeikhul-Islam Ibnu Taimiyyah, seorang Imamul-Mujtahidin yang amat terkenal di kalangan ummat Islam sedunia. Semuanya menunjukkan betapa tinggi martabat Imam 'Ali r.a. dalam pandangan Allah dan Rasul-Nya. Benarlah apa yang pernah dikatakan oleh Ummul Mu'minin Siti Aisyah r.a. ketika ditanya oleh seorang wanita tentang Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a.:

"Anda bertanya kepadaku tentang seorang yang – demi Allah – aku sendiri belum pernah mengetahui ada orang yang paling dicintai Rasulullah s.a.w. selain 'Ali, dan di bumi ini tidak ada wanita yang paling dicintai oleh beliau selain perempuannya – yakni Siti Fatimah r.a." (Dari Hadits Jami' bin Umar dalam 'Ahlulbait Wa Huququhum': 123).

Hadits-hadits tentang Fadha'il Siti Fatimah Az-Zahra r.a.

Serangkain Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi, sebagaimana yang telah kami kemukakan pada bahagian terdahulu buku ini, banyak sekali di antaranya yang berkenaan dengan fadha'il Siti Fatimah Az-Zahra r.a. Untuk lebih melengkapinya, baiklah kami tambahkan beberapa Hadits lainnya yang penting untuk diketahui.

Al-Musawir bin Makhramah r.a. meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Fatimah bukan lain adalah bahagian dari aku, apa yang menyenangkan dia menyenangkan aku dan apa yang menyedihkan dia menyedihkan aku". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 111).

Hadits semakna diriwayatkan juga oleh Abdullah bin Zubair r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Fatimah bahagian dari aku, apa yang menggangunya mengganguku dan apa yang menyusahkan dia menyusahkan aku".

Ibnu Asakir meriwayatkan sebuah Hadits yang berasal dari Watsilah, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata:

"Orang pertama dari ahlulbaitku yang akan menyusulku (pulang keharibaan Allah) adalah engkau, hai Fatimah! Dan di antara para isteriku yang paling pertama akan menyusulku ialah Zainab; di antara kalian (para isteri Rasulullah s.a.w.) dialah yang paling dermawan". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 132).

Hadits semakna dengan itu diketengahkan juga oleh Thabraniy di dalam kitabnya, 'Al-Kabir', yaitu bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada puterinya:

"Janganlah engkau menangis kerana engkaulah dari ahlulbaitku yang paling pertama akan menyusulku". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 133).

Hudzaifah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. mengatakan:

"Seorang malaikat yang belum pernah turun ke muka bumi telah minta izin kepada Allah s.w.t. untuk menyampaikan salam kepadaku, dan ia menyampaikan khabar gembira bahawa Fatimah adalah wanita terkemuka penghuni syurga". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 110).

Ummul Mu'minin Siti Aisyah r.a. meriwayatkan, bahawa dalam keadaan sakit menjelang wafatnya Rasulullah s.a.w. berkata kepada Siti Fatimah r.a.:

"Hai Fatimah, tidakkah engkau puas menjadi wanita terkemuka di dunia dan wanita terkemuka ummat ini?" ('Ahlulbait Wa Huququhum': 111).

Siti Aisyah r.a. juga mengatakan:

"Aku tidak pernah melihat orang yang pembicaraannya mirip dengan Rasulullah s.a.w. selain Fatimah. Apabila ia datang kepada ayahnya, beliau berdiri, menciumnya, menyambut gembira dan menggandengnya lalu didudukkan di tempat duduk beliau. Apabila Rasulullah s.a.w. datang kepadanya, ia pun berdiri menyambut ayahandanya dan mencium tangan beliau s.a.w." ('Ahlulbait Wa Huququhum": 111).

Umar Ibnul-Khatthab r.a. mengatakan, bahawa pada suatu hari ia datang kepada Fatimah kemudian berkata:

"Hai Fatimah, demi Allah, aku tidak melihat ada orang yang lebih dicintai Rasulullah s.a.w. selain engkau. Demi Allah, sesudah ayahmu, tidak ada orang lain yang lebih kucintai selain engkau". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 123).

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada Imam 'Ali r.a.:

"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulai daripada dia". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 132).

Al-Khathib meriwayatkan sebuah Hadits dari Ibnu 'Abbas r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata:

"Fatimah adalah manusia bidadari, ia tidak pernah haid. Allah menamainya 'Fatimah' kerana Allah menghindarkan dia dan para pencintanya dari neraka". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 132).

Ibnu Mas'ud r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. menerangkan:

"Fatimah telah menjaga kehormatan dan kesuciannya, kerana itu Allah akan memasukkannya bersama keturunannya ke dalam syurga". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 134).

Thabraniy di dalam kitabnya, 'Al-Kabir', meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada Fatimah:

"Allah s.w.t. tidak akan menyeksa dirimu dan anakmu". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 133).

Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a. meriwayatkan, bahwa Rasulullah s.a.w. menegaskan:

"Allah 'Azza wa Jalla murka jika Fatimah marah dan Allah ridho jika Fatimah puas". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 133).

Tsuban r.a. meriwayatkan, pada suatu hari Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat kediaman Fatimah r.a. Saat itu puteri beliau sedang melepas kalung rantai emas dari lehernya. Kepada ayahanda ia berkata: "Kalung ini dihadiahkan oleh Abul-Hasan (Imam 'Ali r.a.)". Rasulullah s.a.w. menjawap:

"Senangkah engkau jika orang mengatakan engkau itu puteri Muhammad, tetapi di tanganmu terdapat rantai neraka"?

Setelah berkata demikian, tanpa duduk lebih dulu beliau segera keluar meninggalkan puterinya. Seketika itu juga Siti Fatimah r.a. pergi menjual kalungnya, kemudian wangnya dipergunakan membeli seorang budak lalu dimerdekakan. Ketika mendengar hal itu Rasulullah berucap:

"Alhamdulillah yang telah menyelamatkan Fatimah dari neraka". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 110).

"Sesungguhnya Allah telah menawarkan emas kepadaku lewat orang-orang terkemuka di Makkah. Akan tetapi aku menjawap: "Ya Allah, jadikanlah aku sehari lapar dan sehari kenyang. Di saat aku lapar aku khusyu berdoa kepada-Mu, dan di saat aku kenyang kuucapkan puji syukur kepada-Mu". ('Ahlulbait': 136-137 – Taufiq Abu Alam).

Sebagai ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang terdekat, Siti Fatimah r.a. juga meriwayatkan Hadits-hadits yang didengarnya sendiri secara langsung dari ayahandanya. Di antara Hadits-hadits yang diriwayatkan itu adalah:

Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Jika Allah mencintai seseorang dari para hamba-Nya, Dia mengujinya. Bila hamba itu sabar ia akan dipilihnya, dan jika hamba itu ridho ia akan disucikan-Nya".

Kepada dua orang puteranya, Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu 'anhuma, Siti Fatimah r.a. mengajarkan, bahawa sabar dan ridho adalah pangkal ketaatan kepada Allah s.w.t. Barangsiapa sabar dan ridho menerima takdir Allah, baik takdir itu menyenangkan atau tidak, Allah akan menetapkan takdir yang baik baginya, lepas apakah ia menginginkannya atau tidak. ('Ahlulbait': 137).

Siti Fatimah meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Orang yang dermawan dekat kepada Allah, dekat kepada sesama manusia, dekat kepada syurga dan jauh dari neraka. Allah adalah Maha Pemurah dan mencintai orang yang bermurah hati".

Beliau s.a.w. juga telah bersabda:

"Kecenderungan ibarat sebatang pohon di dalam syurga yang dahan-dahannya bergelantungan ke bumi. Barangsiapa berpegang pada salah satu dahannya, dahan itu akan menuntunnya masuk ke dalam syurga". ('Ahlulbait': 137 – Taufiq Abu Alam).

Dalam kitab 'Dala'ilul-Imamah' terdapat sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Al-Husein r.a. berasal dari bundanya, Siti Fatimah r.a., yang mengatakan:

"Ayahku berkata: Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi orang kikir. Kikir adalah suatu cacad yang tidak mungkin ada pada orang yang bermurah hati. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi orang kikir, kerana kikir itu ibarat sebatang pohon di dalam neraka yang dahan-dahannya berada di dunia ini. Barangsiapa bergelantung pada salah satu dahannya ia akan terseret masuk ke dalam neraka. Sedangkan kedermawaan ibarat sebatang pohon di dalam syurga yang dahan-dahannya berada di dunia, barangsiapa bergelantung pada salah satu dahannya ia akan dimasukkan ke dalam syurga".

Mengenai soal kedermawaan itu Siti Fatimah r.a. juga meriwayatkan pesan atau nasihat suaminya, Imam 'Ali r.a., yang berkata: Barangsiapa mengulurkan tangan memberi pertolongan, jika ia mampu, Allah akan memberi ganti atas apa yang telah di infakkannya selagi ia masih hidup di dunia, dan di akhirat kelak Allah akan memberinya penggantian berlipat ganda.

Pokok fadha'il yang ada pada Siti Fatimah r.a. dapat diringkaskan sebagai berikut:
Rasulullah s.a.w. telah menegaskan bahawa Allah murka jika Siti Fatimah r.a. marah, dan Allah ridho jika ia puas.
Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa Siti Fatimah r.a. adalah bahagian dari beliau.
Siti Fatimah r.a. adalah wanita di dunia yang paling di cintai dan dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.
Siti Fatimah r.a. adalah wanita yang perkataannya paling dapat dipercayai.
Siti Fatimah r.a. wanita suci yang tidak pernah haid.
Siti Fatimah r.a. bersama keturunannya terjamin tidak akan masuk neraka.
Allah s.w.t. menghendakinya menjadi wadah suci yang melahirkan keturunan suci.

Sebagaimana telah kita ketahui bahawa dalam salah satu Hadits yang telah kami kemukakan, Rasulullah s.a.w. menegaskan Siti Fatimah r.a. adalah 'wanita terkemuka di dunia', sedangkan ketika beliau s.a.w. ditanya oleh puterinya bagaimana kedudukan Maryam beliau menjawap5:

"Ia adalah wanita terkemuka pada zamannya".

Dari jawapan beliau itu jelas, bahawa Siti Fatimah r.a. lebih afdhal daripada Maryam. Banyak para ulama kenamaan yang mempunyai penilaian seperti itu, antara lain: As-Sabkiy, As-Sayuthiy, Az-Zarkasyiy, Al-Muqriziy dan lain-lain6).

Abu Dawud juga berpendapat, bahawa pernyataan Rasulullah s.a.w. yang menegaskan 'Fatimah adalah bahagian dari aku' menunjukkan pengertian bahawa keutamaan Siti Fatimah r.a. tidak dapat disamakan dengan wanita manapun di dunia, kerana ia merupakan bahagian dari manusia hamba Allah yang paling mulia di dunia. Seluruh kaum Muslimin, baik kaum Salaf mahupun kaum Khalaf sependapat, bahawa "bagian dari Rasulullah s.a.w." tidak dapat dibandingkan keutamaannya dengan siapa pun juga.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sayyidina Syekh Abi Bakar bin Salim

Sayyidina Syekh Abi Bakar bin Salim